Isnin, 10 September 2012

Tahukah Anda Keunikan Mata Kambing?

Dari apa yang kita tahu, anak mata biasanya berbentuk bulat. Tetapi tahukah anda anak mata kambing berbentuk segiempat tepat. Tak percaya? Cuba anda lihat dan tenung anak mata kambing dengan teliti. Kalau susah sangat nak cari kambing, lihat foto.
Segiempat tepat bukan? Mungkin ada yang sudah tahu. Tapi tahukah anda mengapakah anak mata kambing berbentuk segiempat dan apakah fungsinya? Ada sebabnya kenapa Allah SWT menjadikan anak mata kambing sebegitu rupa. 

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sengaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia" - Surah Al-Mukminum ayat 115-116

Mempunyai anak mata yang berbentuk segiempat ada kelebihannya dimana kambing dapat melihat dunia secara 320 hingga 340 darjah. Subhanallah!!! Ini bermakna, kambing hampir dapat melihat keadaan disekelilingnya tanpa menoleh ke kiri, kanan atau belakang. Manakala mata manusia hanya mampu melihat dunia secara 120 hingga 210 darjah.  

Malah bukan itu sahaja, satu kajian telah dilakukan dimana haiwan yang mempunyai anak mata berbentuk segiempat tepat dapat melihat dengan lebih jelas pada waktu malam atau di tempat yang gelap. Ini adalah kerana saiz anak matanya jauh lebih besar dan pada waktu siang, anak matanya boleh mengecil untuk menyekat kemasukan cahaya. 

Selain itu, mata kambing memang menakjubkan kerana semasa kambing melihat keatas dan kebawah, bebola mata kambing boleh berputar mengikut atau melawan arah jam. Sungguh unik bukan?

Inilah dia keajaiban ciptaan Allah SWT. Setiap ciptaan-Nya ada sebabnya. Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia. 
Ini bulu mata kambing, ini cerita yang lain :)
sumber: http://mindcontrolblogspot.blogspot.com/2011/08/keunikan-mata-kambing.html

Tiada ulasan: