Khamis, 12 Julai 2007

Casserose: Dialog & Deligasi

Semalam saya dapat panggilan telefon daripada Malaysia Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. Casserose dijemput untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh mereka pada Khamis depan. Majlis yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang ini merupakan sebuah dialog. Tajuknya: Industrial Dialog on Livestock Industry. InsyaAllah kami tidak akan menghampakan jemputan pihak penganjur. Casserose akan memeriahkan secara intelek, dialog tersebut.

Selepas daripada itu, saya menerima panggilan telefon sekali lagi. Namun kali ini, datangnya daripada pejabat Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan. Pihak mereka akan menerima kunjungan deligasi ekonomi dan pertanian daripada Afrika Selatan. Dalam kumpulan deligasi tersebut terdapat juga ahli deligasi penternak komersil kambing boer. Meraka di datangkan daripada Northen Cape yang mana merupakan tempat asal leluhur kambing boer.

Ahli deligasi difahamkan bahawa di Malaysia juga terdapat penternak komersil kambing boer. Mereka hairan. Jadi mereka ingin tahu bagaimana kambing tersebut diternak di sini. InsyaAllah jika tiada sebarang masalah, deligasi ini akan melawat ladang kambing boer kami di Segamat. Namun, kami masih lagi dalam perbincangan.

Mereka juga ingin tahu jikalau ada Persatuan Penternak Kambing Boer Malaysia, kerana ingin mengadakan dialog. Mungkin boleh adakan kerjasama Malaysia-Afrika Selatan. Namun, apa yang saya boleh jawab? Persatuan penternak kambing peringkat daerah pun masih tiada, inikan pula kambing boer peringkat kebangsaan....

Psssttt, Persatuan Penternak Babi ada pulak.... Huh.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam....sy sorg lepasan siswazah yg telah berkerja dan berminat untuk menjadi penternak kambing boer...sy kalu bleh nak tahu lebih lanjut lagi pasal bidang penternakan ni...insyAllah kalu jadi ujung bulan 10 ni sy ikut kursus kat MARDI..

Tanpa Nama berkata...

suhidin bahari
0196149141
suhidin_bahari@hotmail.com

Rie berkata...

Suhidin::

semoga berjaya... emailkan pada saya soalan saudara.. atau rujuk blog

Tanpa Nama berkata...

Saya baru memulakan menternak kambing boer sebanyak 140 ekor....dgn teknik kandang diatas tanah luas kawasan 5 ekar.... dapat nasihat dari UPM...agak agak macam mana bolih tolong bagi nasihat berdasarkan pengtahuan sendiri dan tabiaat kambing boer yang anda bela terutama tentang pusingan kehidupan parasitnya.....dan saya pasti ianya berkait rapat dengan kesihatan kambing tersebut.....

Tanpa Nama berkata...

Saya baru abis kursus MARA. Nak ikut boleh? Tp transport problem. Tau cassarosse jek. Tmpat len x tau. Mintak tunjuk ajar.
Saya free Isnin-Jumaat jek. Hehehe. Boleh kontact saya bila2.
jengkaut_05@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Saudara Rie,

Pasal persatuan ternakan kambing boer ni saya rasa kat bahagian utara ni ada satu, sebab saya ahli persatuan tersebut. Rie boleh hubungi:

Persatuan Usahawan Ternakan Ruminan Utara (PUTRA)
Tel: 04-4411340 (En. Mutalib)

Rie berkata...

anony1 (Nama Sapa??):::
masalah utama ternak kambing atas tanah ialah cacing dan sakit paru-paru. dan maslah2 bawaan tanah& parasit yang lain.

di malaysia tanah dari malam hingga 12tgh hari masih lembab. cacing akan naik dipermukaan. saudara perlu memberi ubat cacing kerap.

dalam penternakan separa ragut, penternak dinasihatkan melepaskan kambing meragut selepas jam 1 petang. ketika ini tanah dah kering dari embun.

sakit paru2 selalunya disebabkan ammonia dari air kencing kambing itu sendiri. kambing kerap selesema pada peringkat awal.

dan kambing stress&kerap sakit apabila tidur dan makan ditempat yang kotor dengan najisnya..

cuba perhatikan, kambing tidak akan makan makanan yang terkena najisnya begitu juga dengan minumannya

namun ini hanya pendapat dari pengalaman dan pengetahuan saya.. mungkin teknik yang UPM anjurkan pada saudara terbaik bagi kesesuaian tempat saudara.. terima kasih..

Rie berkata...

jengkaut...

lepas kursus mara, nak ikut kemana tu?? saya tak paham.

atau email saya semula atau hubungi saya 012 2969763

Rie berkata...

iswandy;;

terima kasih bro..

Tanpa Nama berkata...

uih.. ramainyer admire si esis nih kehkehkeh

Rie berkata...

hehe..