Khamis, 23 Jun 2011

Sabun Susu Kambing "Hillcute"


Ini adalah produk terbaru kami di dalam pasaran.......
Dengan jenama ''Hillcute'' sabun susu kambing organik KS Agro Industry.

Boleh dapatkan produk ini daripada kami dengan menghubungi no. telifon yang tertera di sebelah atas kanan blog ini, atau no. telifon yang tertera di label sabun susu kambing Hillcute...

Ahad, 29 Mei 2011

Susu Kambing Susu Yang Barakah


Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”.

Hakikatnya, susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tetapi berapa ramai dari kita yang memanfaat susu kambing dalam kehidupan seharian?

Antaranya, susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada perut dan usus. Mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut (gastrik & ulser), dengan menjadikan amalan meminum susu kambing, ia dapat menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi permukaan lapisan perut dari terhakis dan cedera.

Jika junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. mengamalkannya, mengapa tidak kita?Kembalilah kepada SUNNAH RASULALLAH dimana Baginda mengamalkan meminum susu kambing. Satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud:

"Kambing merupakan haiwan yang penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang."

Kita sedia maklum kebanyakan rasul-rasul dan nabi-nabi semuanya pernah menjadi pengembala kambing dan tentu ada Hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.


Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa! Hubungi kami segera seperti no telifon di sebelah..

Selasa, 24 Mei 2011

Sabun Susu Kambing KS Agro


Salam, ini adalah produk terbaru kami iaitu sabun susu kambing organik. Sabun ini kami akan packaging dan jual untuk dipasarkan. Ia haruman lavender....

Isnin, 9 Mei 2011

Khamis, 5 Mei 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Panorama Di Kandang Kami (KS Agro)

Setelah 5 tahun menceburi bidang ini, pelbagai pengalan yang telah kami timba. Kandang dan kawasan sekitarnya pun telah banyak perubahan. Ini adalah sebahagian gambar kandang kami dengan sedikit penambahbaikan. Kandang yang berada di kawasan kampung di kaki Gunung Berantai.
Keluasan tanah 3 ekar lebih dengan sungai mengalir ditengahnya. 1 ekar kami gunakan untuk menempatkan kandang, pejabat, stor dan ruang pemprosesan baja. 1 ekar lebih kami gunakan untuk padang ragut, selebihnya kami tanam dengan napier dan benih rumput jagung yang dibawa dari Jepun.

Isnin, 2 Mei 2011

Pelajar Praktikal Di KS Agro

Ini adalah kali ketiga kandang kami menerima pelajar praktikal. Kali pertama dari UITM Jengka, kali kedua dari Institut Pertanian Pulau Pinang, Begitu juga kali ini, yang mana dari Institut Pertanian Pulau Pinang. Bidang pengkhususan mereka adalah ternakan. Jangkamasa kursus adalah selama 2 bulan.
Ini adalah Fiza. Firdaus.

Jumaat, 29 April 2011

Impian Penternak

Impian saya, untuk menjadikan kawasan kandang saya di Maran, Pahang seperti ini. Jika tidak silap, kandang seperti gambar di atas adalah di Kluang, Johor..

Khamis, 28 April 2011

Pembentangan Hasil Berkursus Di Jepun

Pada 25hb April yang lepas Rozali telah dijemput untuk membentangkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ketika berkursus di Jepun dalam bidang penternakan selama setahun. Kursusnya telah berlangsung pada 2010 di Chiba, Jepun.
Mesyuarat ini melibatkan semua pengarah, pegawai atau wakil-wakilnya yang terlibat dengan agensi pertanian dan penternakan Daerah Maran, Pahang. Termasuk juga wakil Parlimen Maran dan pegawai Agrobank.
Wakil Parlimen Maran, ada memberikan beberapa cadangan untuk memajukan industri ternakan kami dengan beberapa insentif yang ditawarkan. InsyaAllah jika rezeki kami semua peluang ini akan kami perolehi.
Rozali menyerahkan hasil kajian kumpulan 7 orang pelajar seluruh Malaysia yang terpilih menyertai program kursus pertanian dan penternakan di Jepun anjuran MOA dan JICA. Rombongan ini diketuai oleh Rozali sendiri. Kertas kerja hasil kajian ini akan dibentangkan oleh pegawai pertanian dalam menyarat akan datang untuk dibincangkan bagi memajukan industri pertanian dan penternakan Maran.
Sedikit cenderahati diserahkan oleh Pengarah Pertanian Maran kepada Rozali sebagai penghargaan atas pembentangan beliau.

Rabu, 27 April 2011

Kambing Sekitar Kita


Perhatikan di sekeliling kita... Ia sentiasa ada di mana-mana.. Apa sahaja tentang kambing..

Isnin, 25 April 2011

Kisah Rasul: Susu Kambing Minuman Rasullullah


Artikel ini adalah dari blog hatiwanita <-- KLIK

Dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. Wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.

Tatkala menjawab salam daripada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. Namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali.

Kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa boleh diperah susu daripada kambing betina tua itu.

Wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit tetapi mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.

Namun, itulah keajaibannya. Apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhamad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah SAW menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah.

Wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada para tetamunya yang meneruskan kembali perjalanan mereka.

Apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.

Itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. Sebenarnya , sesuatu yang sunnah itu banyak sekali manfaatnya, kerana itu Rasullah menjadi contoh.

Moga terus dapat manfaat.


Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar (250ml).
AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!

Jumaat, 22 April 2011

Susu Kambing: Di Rancangan Halaqah TV9

Salam saudara, youtube di atas adalah rakaman rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk "Susu Kambing". Untuk melihat keseluruhan rakaman, boleh melayarinya di SINI <-- Klik

Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar (250ml).
AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!

Rabu, 20 April 2011

Biri-Biri & Inovasi





KLIK gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar.