Khamis, 23 Februari 2012

Potensi Penternakan Kambing


Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3 ) telah menitikberatkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang boleh dimainkan dalam bidang usaha ini.

Jabatan mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu di lapangan, bidang usaha pengeluaran kambing boleh digerakkan dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dangan potensinya pada masa hadapan.

Walaupan kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga.

Permintaan bagi danging kambing pada tahun 2010 diunjurkan sebanyak 21.30 tan metrik sedangkan pengeluaran hanyalah di tahap 2.18 tan metrik sahaja. Kadar sara diri bagi daging kambing pada tahun 2010 berada pada tahap 10.23% sahaja. Ini menjanjikan ruang dan peluang yang besar kepada semua penternak untuk menceburi bidang ini.

http://www.agribdc.gov.my/goat (2010)

Rabu, 22 Februari 2012

Potensi Pasaran Susu Kambing & Lembu Di Malaysia

Dalam tahun kebelakangan ini, terdapat suatu kecenderungan dalam permintaan susu negara yang berkualiti di seluruh negara terutama di kawasan Bandar. Pengimportan susu tepung dan susu cair telah meningkat. Belanja mengimport semakin mahal kerana peningkatan pertukaran wang asing yang tidak menguntungkan. Walaupun ladang kerajaan dan penternak tempatan mengeluarkan kira-kira 25 juta liter susu setahun, namun 95% permintaan susu dan produk susu adalah melalui import. Ini menyumbang kepada peningkatan jumlah import negara dari tahun ke tahun.

Pemasaran susu di Malaysia tidak pernah dilakukan seperti mana dibuat di negara barat atau Jepun di mana industri tenusu telah maju. Susu adalah komoditi keperluan harian yang mudah rosak dan tidak sesuai dibeli dengan banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk. Oleh itu ia memerlukan penghantaran harian sama seperti roti dan surat khabar. Ia mestilah sampai kepada pengguna sebagai susu yang berkualiti dan pembungkusan standard. Dipercayai bahawa dengan pemasaran sistematik dan saluran pengagihan yang wajar, permintaan susu segar dijangka akan bertambah. Di dalam keadaan iklim tempatan, adalah perlu untuk mengadakan pengurusan rangkaian sejuk bagi pengedaran susu.

Walaupun susu tersedia di pasaran dunia, suatu tahap sara diri diperlukan dalam negara kita. Tahap sara diri yang rendah (kurang daripada 4%) membuatkan ia lebih kritikal untuk melihat perkara ini dengan serius.

http://www.agribdc.gov.my/milk (2010)

Isnin, 16 Januari 2012

Jualan Sabun Susu Kambing "Sold Out"

Alhamdulillah, jualan kami sering sold out di Pusat Jualan Taman Pertanian Universiti (UPM). Sabun susu kambing Hillcute sering mendapat order untuk tambahan stok. Tapi. Mungkin inilah stok terakhir kami sampai bila-bila untuk produk yang ini (sabun badan susu kambing). Tiada lagi stok yang baru. Fin....


InsyaAllah akan ada produk terbaharu keluaran Hillcute. Nantikan keluarannya...

Jumaat, 13 Januari 2012

Denda & Pengajaran Untuk Kambing Degil

Saanen ini selalu keluar pagar kawasan ragutan kandang! Sebagai denda seminggu, kami kasi rantai leher dengan loket kuning tong minyak. Rasionalnya supaya, kambing saanen ini tidak mudah telus lubang-lubang pagar yang tidak sepatutnya.. Juga peringatan buat tuan kandang yang degil!!

Rabu, 7 Disember 2011

Miniature Kambing Boer Untuk Dijual



Stok masih banyak. Ada berpuluh kotak, berkotak-kotak. Sebenarnya ia adalah milik rakan baik a.k.a sifu saya. Hanya RM25/sekotak.

Sabtu, 19 November 2011

Khasiat Sabun Susu Kambing Hillcute Rossie


Sabun susu kambing Hillcute Rossie menggunakan semua bahan terpilih untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kami telah dedahkan kepada semua tentang kandungan yang kami gunakan dalam setiap produk kami. Bagi Hillcute Rossie kandungannya ialah susu kambing asli, gliserin, minyak zaitun, pati sari mawar.

Kali ini saya bongkarkan lagi rahsia untuk tatapan pembaca. Rahsia khasiat untuk setiap bahan kandungan Hillcute Rossie kami. Semua maklumat dan bahan ini kami kumpul dan kami saring melalui kajian dan ujikaji kami sebelum kami mencipta produk sebelum dipasarkan. InsyaAllah dan Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan kami dan pengguna sabun ini.

Khasiat susu kambing.

Susu kambing dapat menjadikan kulit tetap lembut, halus dan gebu. Kajian terkini telah memperakui bahawa susu kambing membawa kesihatan kepada kulit. Ini kerana kandungannya melimpah dengan protien, asid amino, lemak, vitamin, mineral dan asid laktat yang memberikan hasil efektif dalam melembabkan kulit dan rambut secara intensif agar memberi hasil yang segera. Kandungan vitamin-vitamin ini bekerja secara sempurna untuk memulihkan kembali serta menjaga kehalusan kulit, keindahan tubuh dan rambut manusia.

Menurut seorang Doktor dari Ohio US, Doktor George Dermit telah melakukan penelitian dan terapi susu kambing kepada kanak-kanak penderita penyakit kulit. Hasil penelitian yang dilakukannya, beliau menyimpulkan bahawa susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit seperti enzima, jerawat dan gatal-gatal. Malah, pakar penyakit kulit dari New Zealand, menganjurkan pesakit mereka untuk minum susu kambing sebagai peningkatan kesihatan kulit terutama bahagian wajah.

Antara khasiat dari susu kambing:
1. Memutihkan kulit dengan cepat dan mencegah kehitaman.
2. Membersihkan dan menghilangkan daki ataupun kotoran yang terdapat di tubuh.
3. Menghaluskan, meremajakan, menegangkan sekaligus menutrisi kulit.
4. Menghilangkan bau badan.
5. Terbukti menghilangkan jerawat dan bekas jerawat di muka.
6. Meneutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak.

Rujukan susu kambing

Khasiat Minyak Zaitun

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan kerana banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai.

Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)".

Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Rujukan minyak zaitun

Khasiat pati sari mawar.

Minyak pati sarinya mengandung geraniol dan limonene yang berfungsi sebagai antiseptik dan menambah daya tahan tubuh. Harum aroma bunga mawar baik untuk sistem saraf yang merupakan aromaterapi yang bersifat menenangkan, mengurangi stres emosional dan psikologi serta meningkatkan mood.

Pati sari mawar yang harum kaya akan antioksidan vitamin A dan vitamin C, minyak mawar mempunyai kesan tonik dan zat pada kapilari yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit. Minyak mawar mengurangkan kemerahan disebabkan oleh pembesaran pembuluh kapilari, iritasi dan luka bakar, atau keradangan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, kerana ia kaya omega-3 dan omega-6 fatty acids, sangat bermanfaat untuk memulihkan kulit kering, kasar, pecah-pecah, sensitif, dibakar, atau penuaan.

Rujukan pati sari mawar

Khasiat gliserin

Kerana sifat kelembapannya, ia dapat menarik air dari atmosfera ke dalam kulit dan menjaga kulit tetap lembab. Gliserin tidak beracun, sehingga membuatnya selamat untuk digunakan sebagai produk kulit, bahkan untuk anak-anak dan bayi.

Gliserin terkenal dengan manfaat yang tak terhitung banyaknya yang telah terbukti dalam perawatan kulit kering. Sifat Gliserin yang melembap dan higroskopis membuat Gliserin menjadi produk yang terbaik yang dapat digunakan untuk perawatan kulit kering dan masalah perawatan kulit lainnya. Hal ini dapat meningkatkan dan melindungi kulit kering dengan mengisi matriks antara sel dan juga membantu dalam membangun struktur kulit . Ini menarik hanya jumlah yang tepat diperlukan untuk menghidrasi kelembapan kulit kering. Gliserin produk kulit kering seperti sabun, losyen dan krim tubuh merupakan produk yang tepat untuk mereka yang berkulit kering, Gliserin sangat lembut dan tidak memiliki efek sampingan bila digunakan pada kulit. Gliserin juga digunakan sebagai penawar untuk kulit kering dan masalah berkaitan lainnya seperti psoriasis dan eksim. Gliserin juga dapat digunakan dalam bentuk aslinya, tetapi dalam jumlah terbatas. Hal ini dapat digunakan langsung pada kulit sebagai pelembap atau dapat ditambahkan ke air mandi, krim, pembersih atau losyen.

Gliserin sangat baik untuk bibir dan masalah-masalah yang berkaitan dengan bibir seperti kering, bibir pecah-pecah, bibir sakit atau bibir gelap. Gliserin boleh digunakan terus pada bibir, sekali di pagi hari dan sekali di waktu malam, terutamanya selama musim sejuk untuk mencegah dan mengobati bibir pecah-pecah. Untuk bibir gelap, gliserin dapat ditambahkan ke balm bibir atau dicampur dengan krim susu dan disapukan pada bibir. Selain itu, lipstik yang mengandung gliserin ditemukan lebih lembap untuk bibir.

Gliserin digunakan untuk kulit tidak hanya untuk kulit kering dan masalah kulit kering, juga meluas ke kulit berminyak dan masalah penuaan kulit. Gliserin sangat bermanfaat untuk perawatan kulit berminyak kerana ianya boleh mencegah dan merawat jerawat. Gliserin, pada kulit berminyak, boleh digunakan sebagai pembersih atau pelembap untuk hasil terbaik. Hal ini juga memiliki kemampuan untuk mengurangi atau memperlambat kan kemunculan kedutan dan garis-garis halus dan juga menghindari berlakunya jangkitan bakteria kulit.

Rujukan gliserin

**************
Harga hanya RM10.00/satu. Segala pertanyaan dan pembelian boleh hubungi kami seperti di bawah:

HILL : 012-6951835
RIE : 019-6752529

Selasa, 1 November 2011

Biri-Biri 2.0


MADRID - Kira-kira 5,000 ekor biri-biri dan 60 lembu berarak di bandar raya ini di Sepanyol kelmarin yang dikendalikan oleh sekumpulan penggembala.

Menurut Presiden satu majlis penggembala, Jesis Garzon, perarakkan itu bertujuan bagi melaksanakan hak untuk menggunakan laluan semasa penghijrahan haiwan tersebut dari kawasan tempat tinggi ke kawasan padang rumput.

Perarakan itu juga dilakukan dengan mengikut tradisi lama apabila seorang ketua penggembala membayar sejumlah duit siling yang digunakan pada abad ke-11 untuk menggunakan laluan di bandar raya ini. - AP


Link: KOSMO

Isnin, 24 Oktober 2011

Hillcute: Khasiat Sabun Susu Kambing

Assalamualaikum..

Setelah beberapa bulan menceburkan diri dalam industri sabun susu kambing. Setelah berkursus. Setelah membuat beberapa rujukan. Dan. Setelah melakukan R & D. Akhirnya kami berjaya menghasilkan sabun susu kambing yang terkini. Sangat sesuai dengan kulit muka, tanpa bahan kimia dan bersifat ORGANIK. Diperkenalkan tiga produk SABUN SUSU KAMBING terbaharu kami!!!...

HILLCUTE KLASIKA
KHASIAT:
Memutihkan kulit, melembabkan kulit, merawat kulit sensitif(eczema), melicinkan kulit, menghilangkan kusam dan menghilangkan bintik hitam (black head & white head).

KANDUNGAN SABUN:
Susu kambing asli, gliserin, minyak zaitun, beras pulut yang digoreng kering & dikisar halus sebagai scrub.


HILLCUTE VANILI
KHASIAT:
Memutihkan kulit, melembabkan kulit, merawat kulit sensitif(eczema), menghaluskan kulit, menghilangkan kusam, membersihkan kulit dan menghilangkan jeragat.

KANDUNGAN SABUN:
Susu kambing asli, gliserin, minyak zaitun, pati sari vanila, oat sebagai scrub.


HILLCUTE ROSSIE
KHASIAT:
Memutihkan kulit, melembabkan kulit, merawat kulit sensitif(eczema), membersihkan kulit, menghilangkan jerawat, menyerikan mengharum serta menyegarkan wajah.

KANDUNGAN SABUN:
Susu kambing asli, gliserin, minyak zaitun, pati sari mawar.

***************
Harga hanya RM10.00 satu. Segala pertanyaan dan pembelian boleh hubungi kami seperti di bawah:

HILL : 012-6951835
RIE : 019-6752529

Rabu, 19 Oktober 2011

Harga Daging Kambing Tempatan Terkini 19 Okt 2011


GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.

Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.

KOSMO

Ahad, 9 Oktober 2011

Sabun Susu Kambing: Produk Terbaru Kami

Senyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmm :)

Sabun muka berasaskan susu kambing asli.

i. Warna merah (Hillcute Mawar): Dengan khasiat minyak zaitun & air mawar.
ii. Warna putih (Hillcute Vanila): Dengan khasiat minyak zaitun, oat & vanila.

* Harga setiap satu RM10.00

Informasi:
Kelebihan minyak zaitun pada kulit KLIK.
Kelebihan oat pada kulit KLIK.




Jumaat, 7 Oktober 2011

Resepi Kambing Kuzi

Sila KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Dapatkan daging kambing kami yang dijual di pusat jualan Taman Pertanian Universiti UPM, Serdang. InsyaAllah memuaskan.**Sabun susu kambing Hillcute & Susu Kambing juga boleh didapati di sana.