Rabu, 20 April 2011

Biri-Biri & Inovasi





KLIK gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar.

Selasa, 19 April 2011

Mandian Susu Kambing

Anda biasa menggunakan susu kambing untuk mandi?

Tahukah anda Rahsia kecantikan Ratu Cleopatra, sebuah legenda kecantikan. Menurut lagenda, kecantikan Ratu Cleopatra dari Mesir ini adalah kerana setiap hari mandi dengan susu kambing. Ratu berbuat demikian kerana untuk menjaga agar kulitnya tetap lembut, halus dan gebu.

Suatu hari, setelah ratu dibawa ke Rome. Malamnya diadakan majlis keramaian di istana untuk memperkenalkan ratu kepada bangsawan Rome. Ramailah jemputan datang memeriahkan majlis tersebut dan teruja untuk melihat sendiri kecantikan ratu. Tiba ketika Ratu Cleopatra turun ke dewan, maka tergamamlah hadirin melihat kecantikan ratu. Lantas, para bangsawan dan pahlawan terus menunjukkan "kejantanan" mereka untuk memikat Ratu Cleopatra. Sehingga begitu sekali digambarkan kecantikannya.

Kajian terkini telah memperakui bahawa susu kambing membawa kesihatan kepada kulit dan tubuh badan manusia. Ini kerana kandungan dalam susu kambing itu sendiri. Kandungannya melimpah dengan protien, asid amino, lemak, vitamin, mineral dan asid laktat yang memberikan hasil efektif dalam melembabkan kulit dan rambut secara intensif agar memberi hasil yang segera. Kandungan vitamin-vitamin ini bekerja secara sempurna untuk memulihkan kembali serta menjaga kehalusan kulit, keindahan tubuh dan rambut manusia.

Menurut seorang Doktor dari Ohio US, Doktor George Dermit telah melakukan penelitian dan terapi susu kambing kepada kanak-kanak penderita penyakit kulit. Hasil penelitian yang dilakukannya, beliau menyimpulkan bahawa susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit seperti enzima, jerawat dan gatal-gatal. Malah, pakar penyakit kulit dari New Zealand, menganjurkan pesakit mereka untuk minum susu kambing sebagai peningkatan kesihatan kulit terutama bahagian wajah.

Antara manfaat dari mandian susu kambing:

1. Memutihkan kulit dengan cepat dan mencegah kehitaman.
2. Membersihkan dan menghilangkan daki ataupun kotoran yang terdapat di tubuh.
3. Menghaluskan, meremajakan, menegangkan sekaligus menutrisi kulit.
4. Menghilangkan bau badan.
5. Terbukti menghilangkan jerawat dan bekas jerawat di muka.
6. Meneutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak.

Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!

Isnin, 18 April 2011

Lawatan Ke Pancing Ternak, Kuantan

Saanen jantan ini bakal menjadi baka. Dalam usia 2 tahun lebih telah menunjukkan ciri-ciri pejantan yang baik. Ibu dan dara saanen yang makan 24 jam sehari. Ini adalah penting untuk memastikan tumbesarannya tidak terbantut Haji Zul (tuan punya kandang) berbincang tentang formula makanan terbaik untuk kambing susu dengan Jali. Buat pengetahuan, Rozali baru balik dari Jepun (2 minggu sebelum tsunami), dia telah menghabiskan masa selama setahun kursus dalam industri tenusu di sana. Pembelajarannya di Jepun pada 2010, ditaja penuh oleh MOA dan JICA. Kini, kandang kami di Maran, Pahang telah berubah struktur dan infratruktur untuk menyesuaikan ternakan kambing susu. Kini hasilnya telah mula menampakkan perubahan. InyaAllah dalam masa terdekat, produk hasil tenusu berada dalam pasaran sekitar Maran. Ayah saya, merupakan penyokong kuat kami untuk teruskan perjuangan dalam industri ini. Kini kami mula mendapatkan apa yang kami usahakan.

Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar sebotol (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!

Isnin, 11 April 2011

Bebiri Barbados: Jualan Baka & Aqiqah

Salam, kini terdapat bebiri di kandang saya di Maran, Pahang. Stok ternakan ini adalah untuk tujuan jualan baka dan aqiqah. Tempahan terbaru adalah 3 ekor bebiri untuk aqiqah pada bulan May 2011. Stok telah ada untuk disembelih. Perkhidmatan termasuk sembelih, lapah, potong dan penghantaran. Gambar adalah sebahagian bebiri kami yang meragut di waktu petang. Ini adalah rutin harian biasa bagi bebiri ini selain sebelah pagi dan malam makan diatas kandang.



Ini adalah bebiri yang telah kami sembelih untuk urusan aqiqah pada 19hb Mac yang lalu.. Alhamdulillah... Jika berminat untuk membeli atau menempah sila hubungi kami.

Khamis, 31 Mac 2011

Manfaat Susu Kambing

Salam, Ini adalah artikel yang mengetengahkan tentang khasiat susu kambing. Ia adalah dari majalah Anis, keluaran April 2011. Saya kongsikan di sini. KLIK artikel di atas untuk dapatkan paparan yang jelas untuk dibaca.



Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar sebotol (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!

Rabu, 19 Januari 2011

Buku Untuk Di Jual



Sila sms saya untuk dapatkan buku ini, (buku terhad) 012-2969763.
(gambar hanya sampel, tetapi buku dalam keadaan baik)

Ada masa, saya ulas buku ini. InsyaAllah...

Khamis, 11 Jun 2009

Susu Kambing Berperisa

Susu kambing berperisa coklat & strawberi

Jualan susu kambing segar sebotol (250ml) Pembelian minimum 10 botol. AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!!! (harga tidak termasuk kos penghantaran)
Hubungi: 012-2969763 (rie)

Selasa, 5 Mei 2009

Khasiat & Jualan Susu Kambing

Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas". Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Sebenarnya yang "panas" adalah kertas bewarna yang perlu dikeluarkan dari poket! Manakan tidak! harga pasaran susu kambing 250ml harganya mencecah RM10/botol. Malah, akibat terdesak, ada yang sanggup membeli RM60.00/botol 500ml! Ini kerana, kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Dan. Faktor lain yang menyebabkan ia agak mahal kerana, ia merupakan minuman yang berasaskan perubatan. Bukan sekadar untuk kalsium atau tenaga. Malah, ia diakui mengandungi gizi yang lengkap dan baik untuk perubatan homopati & kesihatan. Inilah nilai perubatan yang saya maksudkan. Yang mana kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-

  1. Demam Kuning (Jaundice)
  2. Gastrik
  3. Migrain
  4. Masalah darah tinggi
  5. Masalah penyakit kulit
  6. Insomnia (sukar tidur)
  7. Senggugut
  8. Lelah (asma)
  9. Buah pinggang
  10. Lemah Tulang (Osteoporosis)
  11. Ekzema
  12. Hepatitis A
  13. Ulcer Perut
  14. Pucat (Anaemia)
  15. Penyakit Batuk Kering
  16. Pemulihan selepas pembedahan
  17. Alah kepada susu lembu
  18. Perawatan kulit
  19. Memulihkan tenaga batin
  20. Membantu pembinaan darah dan tisu
  21. Membantu pembentukan tulang dan gigi
  22. Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
  23. Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
  24. Menambahkan selera makan kanak-kanak
  25. Sakit lemah jantung di peringkat awal
  26. Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
  27. Sakit sendi dan buah pinggang
  28. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
  29. Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
  30. Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
  31. Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri

Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.


Susu kambing merupakan susu yang membawa tindak balas alkali. Iaitu sama dengan susu ibu. Sedangkan susu lembu membawa tindak balas asid.

Oleh itu susu kambing, memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut. Ia bertindak balas dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak. Selain sunnah, khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, yang menyebabkan saya begitu teruja untuk berkongsi informasi. Disamping mempopularkan susu kambpng dalam minuman kita.

MEMPUNYAI PERISA ASLI, COKLAT & STRAWBERRY


Jualan susu kambing segar sebotol Pembelian minimum 10 botol. AGEN DIPERLUKAN (harga tidak termasuk kos penghantaran) Hubungi: 012-2969763 (rie)

SUSU KAMBING SERBUK, PRODUK TEMPATAN


Jualan susu kambing serbuk yang lebih ekonomi RM36.00 (Semenanjung) RM41.00 (Sabah & Sarawak) AGEN DIPERLUKAN (harga tidak termasuk kos penghantaran) Hubungi: 012-2969763 (rie)

Jumaat, 1 Mei 2009

Susu Kambing: Sirah Kenabian


NABI ADAM
Bermulanya tamadun manusia, Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Daripada sinilah berlakunya peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah dunia.

NABI ISA
Juga menternak kambing. Merupakan salah seorang nabi kepada Bani Israel, iaitu bangsa Yahudi. Mereka merupakan suatu bangsa yang terkenal dengan lahirnya bijak pandai dunia. Mereka mengamalkan meminum susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah terus dari kambing. (kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu'aith.)

Malahan, ketika peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad SAW, baginda telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu arak, madu dan susu kambing. Kemudian, baginda telah memilih susu kambing. (Dipercayai merupakan minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).

Dipetik dari tulisan Dr. Indah - alhikmah.com

Rabu, 29 April 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya


Tuan/puan (semua dijemput hadir), JEMPUTAN SEPETANG SANTAP KAMBING SE-MALAYA Kami dari Kambing Malaya Network menganjurkan majlis temu mesra seperti perkara di atas. Dengan rendah hati, kami menjemput tuan puan sekalian menjamu selera beramai-ramai dan bersua muka sesama kita. 2. Perincian perkara di atas seperti berikut:
  • Tarikh: 1 May 2009 (Jumaat)
  • Masa: 3.ooptg - 10.00mlm
  • Tempat: No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.
  • Personel untuk di hubungi: Iskandar - 0133536740, 60380757920
  • Peta lokasi: KLIK

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.

4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.

5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.

6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

RIE KAMBING MALAYA 012-2969763

Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan "Jaringan Kambing Malaya".

Sabtu, 18 April 2009

Susu Kambing & Sunnah Rasulullah


Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.


Di bawah ini adalah ringkasan petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari SINI yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah Yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.


***********

Susu kambing adalah minuman yang lebih berzat & bergizi berbanding dengan susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang masalah kesihatan akibat meminum susu lembu. Di antara gangguan kesihatan akibat meminum susu lembu ialah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis. Disebabkan oleh itu, susu kambing dapat menjadi alternatif bagi peminum susu yang mempunyai masalah apabila meminum susu lembu.

Mungkin terdapat hikmahnya, apabila terdapat banyak riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang mana kisah mereka adalah meminum susu kambing. Dan bukannya susu lembu! Namun sayangnya manfaat susu kambing, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Sedangkan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sunnah Rasulullah,q termasuk kebiasaan makan dan minumnya.

Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembala kambing milik Uqbah bin Muaith).

Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang mempunyai kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah, berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila BACA)

Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) di negara Eropah, iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula adalah di Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?

Pada dasarnya ramai mengetahui, meminum susu sangat digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun, meminum susu segar bukan kebiasaan orang Malaysia terutama Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.

Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan iaitu Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia, kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!

Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (Surah Al Nahl, ayat 66) , Allah juga menyebutkan bahawa "minuman susu itu banyak faedah kepada manusia" (Surah Al Mu'minuun, ayat 21). Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "banyak faedah" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.
Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Selasa, 14 April 2009

PPKM: Jawatankuasa Penaja Bermesyuarat

Jangan ditanya;
Apa yang persatuan akan sumbangkan kepada kita.

Tanyalah diri sendiri;
Apakah yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan (semua orang).

Inilah iltizam yang kami pegang untuk merialisasikan Persatuan Penternak kambing Malaysia (PPKM). Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan aspirasi semua penternak kambing Malaysia. Kini, jawatankuasa penaja telah dibentuk (sila rujuk), dan PPKM akan bergerak terus mematahkan segala halangan.

Saya berharap saudara semua optimis dengan gagasan ini. Kini, kami telah menerima hampir 1000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Suara kita kuat, dengan ahli yang seramai ini. Pasti!!

Dialog suci seorang sahabat kepada saya tiga bulan lalu:-
"Oiiitt bro, orang tanam lengkuas pun ada persatuan kebangsaan tau...! apasal orang ternak kambing, persatuan kecik-kecik. Tuuu... Dasar Kambing Negara sapa nak junjung!!!"

Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.

Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM

Wawasan yang sama.
Jawatankuasa Penaja.

"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."