Rabu, 13 Ogos 2008
Sekitar MAHA08 130808
Selasa, 12 Ogos 2008
Sekitar MAHA08 120808
Hari ini merupakan waktu yang agak sibuk. Kunjungan rakan-rakan penternak ke booth kami bersilih ganti. Berbual tentang industri kambing. Tentang masa depan. Tentang projek masing-masing. Saling berkongsi idea. Berkongsi pengalaman. Berkongsi cerita.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya juga untuk mempromosikan PPKM & keanggotaannya kepada saudara semua agar matlamat ini dapat dijayakan. Saya sangat optimis dengan penubuhan PPKM. Ini kerana, hanya apabila kita bersatu, industri ini dapat dibangunkan dan dikembangkan dengan lebih cepat dan agresif. Untuk kita semua. Untuk maju bersama-sama. Pada peringkat ini, adalah sangat perlu untuk kita semua berfikiran POSITIF! Ini kerana, hanya dengan bersangka baik kita semua boleh berjaya. Pasti!
Sila lawat blog PPKM. Untuk pendaftaran PPKM di MAHA08, selain ke booth Perfect Agro, saudara juga boleh ke booth Casserose untuk mendapatkan atau menghantar borang keahlian. Atau muat turun borang di SINI.
Isnin, 11 Ogos 2008
Sekitar MAHA08 110808
Pada hari ini kami menunggu kedatangan para usahawan penternak yang berminat dengan penternakan kambing di booth kami. Namun begitu, mungkin disebabkan hari ini hanya untuk pelawat tertentu sahaja, maka tidak ramai pelawat yang datang.
Namun yang penting, adalah persediaan yang kami lakukan. Datanglah ke booth kami untuk berkongsi maklumat tentang penternakan kambing. Antara urusan perniagaan yang kami sediakan untuk saudara ialah;
- Penjualan kambing Boer
- Software Casserose Animal Management System (CAMS)
- Daging kambing Boer
- Customade Tag
- Garam mineral (garam bukit)
- Penyewaan pusat pemprosessan daging Casserose
Ahad, 10 Ogos 2008
Sekitar MAHA08 100808
Hari ini, booth kami telah kelihatan sempurna secara asasnya. Menurut jiran kami, jam 8 malam semalam dinding dan karpet biru itu baru siap dipasang.
Demi melaksanakan objektif saya yang telah tergendala semalam, sejak pagi saya telah berkampung di sini. Kini tidak lagi berseorangan, saya telah dibantu oleh Jai, pekerja sementara Casserose sempena MAHA08. Sebelah petangnya, kami telah bertiga iaitu dibantu oleh Rostam, pengurus kandang Casserose di Jalan Kebun, Shah Alam. Kami bertiga bertungkus-lumus menyiapkan booth kami seperti yang telah dirancangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat sebelum itu.
Kedatangan anda kami nantikan. Nikmati kemeriahan kami di MAHA08....
Booth kami yang hampir siap.
Apabila malam tiba, booth kami 99% siap.
Sabtu, 9 Ogos 2008
Sekitar MAHA08 090808
Saya mengambil kesempatan ini untuk merancang lebih awal apa yang bakal saya bangunkan di booth tersebut. Selepas itu, saya melawat kawasan persekitaran tapak pameran ternakan MAHA. Nikmatinya di gambar-gambar yang saya lampirkan. InsyaAllah, jika tiada halangan, saya akan update setiap hari aktiviti saya di MAHA08 selama 2 minggu saya berkampung di sini.(090808-230808)
Rabu, 6 Ogos 2008
MAHA 2008 Menanti Anda
Bagi pengunjung yang berhajat ke MAHA 2008, di sini Zali sediakan peta dari google earth untuk saudara. Untuk ke bahagian pameran ternakan saudara perlu memasuki jalan Kajang-Putrajaya-Puchong. Saudara akan melihat tapak ini di sebelah kanan saudara. Dan sebaliknya jika dari arah bertentangan.
MAHA pada tahun ini berlangsung selama 2 minggu dari 11-23 Ogos. Saudara perlu merancang perjalanan saudara. Ini kerana, pasti dalam masa satu hari saudara tidak akan dapat menjengok keseluruh pameran di expo ini. perlu diingatkan pada tahun ini, RM5.00 akan dikenakan pada setiap kenderaan yang masuk parkir ke dalam kawasan karnival. Untuk bantuan dan maklumat lanjut sila ke http://www.mahaexpo.com/
Tapi. Jangan lupa temui saya di booth nombor 6 di kawasan pastura. Saya akan bersama-sama warga Casserose menanti anda di sana. Ada berita menarik menanti anda di booth kami. Silalah datang!
Selasa, 5 Ogos 2008
Rabu, 23 Julai 2008
Tuntutan Duit Insentif Ternakan Dari JPV
Berita baik untuk semua! Mungkin juga ramai telah sedia tahu atau mungkin juga tidak.
Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif pengeluaran ternakan. Semua penternak layak untuk medapatkan insentif ini. Namun begitu, syarat-syarat dan kelayakan ada di dalam buku panduan yang disediakan oleh JPV.
Tuntutan duit insentif ini boleh saudara buat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah atau negeri. Sebulan sekali!!
Marilah kita ramai-ramai menternak dan dapatkan duit insentif dari kerajaan. Saudara boleh dapatkan borang tuntutan insentif ternakan kambing di SINI. Namun saudara perlu mendaftar untuk mendapatkan duit kerajaaan ini, dan borangnya di SINI.
Atau saudara boleh dapatkan diwebsite JPV di SINI . Juga boleh baca di blog ini.
Sila Klik:
Download buku panduan tuntutan insentif
Download borang pendaftaran tuntutan insentif
Download borang tuntutan insentif ternakan kambing
Khamis, 17 Julai 2008
Pejantan Kahwin Lebih 80 Induk
Khamis, 3 Julai 2008
Keberkatan Kambing
Sila melawat blog beliau. KLIK
Sesiapa yang berhajat hendak menternak kambing, eloklah menghayati hadis Nabi Muhammad s.a.w. berikut ini:
Sesungguhnya Allah Taala menurunkan berkat pada tiga makhluk (Nya) iaitu KAMBING, buah kurma dan api.
Perawi: Al Haitam, Umi Hani dan At Tabrani
Jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk menternak kambing?
Jadi, kenapa masih berfikiran negatif untuk memakan daging kambing?
Sedangkan ianya diberkati Allah.
Hanya masyarakat kita yang prejudis terhadap daging kambing. Sedangkan, ia merupakan 60% daging merah yang dimakan seluruh dunia. Kitalah yang perlu mengubah persepsi ini.
Makanlah daging kambing. Ternyata ia menyihatkan. Terbukti, mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang rendah iaitu antara 2.6% - 3% sahaja. Lihatlah jadual dibawah (klik pada gambar untuk paparan lebih besar):

Jumaat, 20 Jun 2008
Kenyataan Tawaran: Tawaran Jualan Induk Feral
Kebanyakannya bunting, iaitu 100% telah kami kahwinkan dengan pejantan boer. Berat antara 20kg - 30kg. Bersedia ke kandang saudara, 24jam sehari dan 365 hari setahun. Bila-bila masa.
Buat pengetahuan saudara, kambing induk feral yang "ini" bukanlah asalnya feral liar. Ia adalah kambing feral domestik, yang mana ia diternak oleh penternak di Perth, Australia. Dijadikan induk untuk di kacukkan dengan kambing boer.
Kami telah membawa masuk kambing ini pada bulan disember 2007. Dengan kos yang rendah, saudara boleh mendapatkan boer F1 hasil daripada breeding dikandang anda sendiri. <--(sila KLIK)
Pssstttt... ini sebenarnya tawaran jualan MEGA pertengahan tahun!!!.
Jika ingin dapatkannya, sila hubungi saya 019-2672529.
Selamat membeli dan tawar menawar....
Khamis, 19 Jun 2008
Sperma Kambing Boer: Dari Kanta Mikroskop
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air mani? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati). - Surah Yasin, ayat 77.
Ini. Adalah setitis air mani kambing Boer. Lihatlah sperma itu bergerak-gerak, berenang-renang. Tiada bezanya dengan sperma manusia!
Malah, menurut Dr. Wahid, sperma landak juga sama seperti ini. Jelasnya bahawa, semua mamalia mempunyai bentuk sperma yang sama. (Apa bezanya kita dengan makhluk lain ketika itu?). Setitis mani.
Namun, setiap kita dijadikan hanya dengan seekor sperma sahaja! Syukurlah kita ketika masih bernafas.
Emmm, Saudara sudah bersolat?
Khamis, 12 Jun 2008
Pemanian Beradas (AI) Fasa Ke 2
Kami telah meneruskan fasa kedua prosedur AI. Juga terhadap 29 ekor boer betina Casserose yang terbaik. Semua aktiviti yang kami jalankan pada hari itu berjalan lancar.
Kali ini juga kami menjalankan prosedur AI dengan kaedah laporskopik, yang mana memerlukan pembedahan kecil di bahagian rahim. Kemudian, sperma daripada tiub akan disuntik terus ke dalam dua-dua belah tiub filopio di uterus.
Bagi AI fasa pertama, 12 ekor induk boer telah disahkan bunting. Jadi, kami hanya perlu menunggu hingga Ogos untuk melihat anak, hasil daripada pembiakan cara ini.
Selasa, 10 Jun 2008
Lawatan Datin Paduka & 40 Orang Pegawai
Terima kasih juga kepada En. Roslan Alias (Pegawai JPH Segamat) yang sudi mengiringi Datin Paduka ke kandang kami.
Harap layanan kami yang seadanya itu memuaskan hati semua pihak. Terima kasih.
