Rabu, 5 Mac 2008

Kereta Kambing & MAHA 2008


(kredit foto)


President Benjamin Harrison (1889-1893) gave his grandchildren a pet goat, His Whiskers, who would pull the children around in a cart. [baca]

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, tidak mustahil untuk jadikan kambing sebagai pet. Ini kerana, keluarga presiden USA pun pernah menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan. Cuba lihat foto di atas. Bukan anak kambing, tetapi bapak kambing yang menjadi pet! Hihiii...

Namun begitu, yang menarik perhatian saya ialah "kereta kambing" tersebut. Saya dapat membayangkan kemeriahan MAHA 2008 dengan perkhidmatan "kereta kambing" mengeliling tapak karnival. Membawa 2 orang kanak-kanak di atasnya dan diiringi seorang pengawal. WOoowwww!

Agaknya berapakah tambang yang bakal dikenakan pada perkhidmatan "kereta kambing" ini? Dan. Penternak mana yang akan adakan perkhidmatan ini? Ataupun. Mungkin kami sendiri yang akan memeriahkan tapak karnival MAHA 2008 dengan acara "Kereta Kambing Berhias"! Hahaha... nantikan kemunculannya.....

Di bawah ada satu lagi contoh model "kereta kambing" yang bakal berentap di sana. Eemmmm....., harap tiada agensi berkenaan yang meminta kami dapatkan permit atau lesen kenderaan riang-ria ini... Leceh la bro....!

(kredit foto)

Tiada ulasan: