Ahad, 5 November 2006

Makan & Minum Kambing

Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

protein, karbohidrat (kanji), lemak, vitamin, zat galian.


**sumber JPHPK

Selalunya kambing di beri makan palet/dedak. terdapat beberapa jenis dalam pasaran. tetapi yang paling baik adalah berasaskan kacang soya. Makanan popular dikalangan penternak adalah rumput napier. Namun daun kelapa sawit juga sesuai TETAPI jangan dipotong halus kerana lidi pelepah boleh merosakkan perut ternakan. Cukup sekadar pelepah di potong 2.


Perlu diingatkan. Rumput dan dedaun pokok hanya sebagai serat. Untuk khasiat dan penggemukkan, palet/dedak sangat penting.

gambar 1: Hampas Rong Sawit ( PKC )
gambar 2: Rumput napier

~maklumat lebih lanjut di sini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan makanan sebanyak RM90/ekor kambing boleh meningkat nilai dalam 6 bulan hingga RM500/ ekor harga pasaran. (melampaui 5x)

salam...

adakah belanja makan seekor kambing selama 6 bulan hanya rm 90/ekor... keliru ngan ayat diatas

Rie berkata...

haha. kambing bukan makan banyak sangat. pandai2 la kurangkan kos makan.

Tanpa Nama berkata...

kambing yang aku ternak dedak habis laa dalam rm 12.00 sebulan

Unknown berkata...

Boleh kah kambing diberi mln hampas kelapa