- Emas merah
- Emas putih
- Emas hitam
Emas merah merupakan hasil daripada perniagaan daging kambing itu sendiri. Ini sudah sedia maklum terutama dalam ibadat korban atau aqiqah. Begitu juga dalam urusan kenduri atau makanan harian untuk kegunaan domestik atau restoran. Namun untuk mendapatkan permintaan yang tinggi agak sukar dan memerlukan usaha pemasaran yang efektif dan efisyen.
Emas putih pula adalah hasil daripada perniagaan susu kambing. Sebenarnya permintaan susu kambing sangat tinggi terutamanya untuk produk kesihatan dan kecantikan. Disebabkan penawaran yang kurang dan permintaan yang tinggi 1 ml susu kambing biasanya dijual RM10. Bagi penternak, bekalan susu kambing selalunya ada, kerana 20 ekor kambing sekurang kurangnya terdapat 5 ekor yang menyusu anak. Kerajinan tangan penternak selalunya menjadi penghalang bekalan susu.
Emas hitam adalah najis kambing. Bekalannya tiada halangan. Sentiasa ada. Najis kambing sangat subur untuk dijadikan baja organik melalui beberapa proses. Cara yang paling senang ialah dengan membakar najis ini setelah ia kering. Saya tidak pasti, namun seingat saya 1 tan baja organik ini berharga RM500. Baja ini sangat sesuai untuk tanaman Buah Naga. sebanyak mana najis yang dikumpulkan dalam seminggu bergantung kepada berapa bilangan kambing dan serajin mana penternak tersebut : )
Walau bagaimanapun, kelemahan bumiputera adalah pemasaran (MARKETING). Jadi mesti bermula dengannya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan