SISWAZAH PENTERNAK RUMINAN
Kini di KS Agro Industry
Ahad, 21 Februari 2016
Sabtu, 12 April 2014
Saanen jantan untuk dijual
Assalamualaikum, kawan saya ada 9 ekor saanen jantan utk dijual.
Umur setahun lebih hingga 2 tahun lbh anggaran berat 25kg-50kg seekor.
Ahad, 8 Disember 2013
HOT!!! eBook Panduan Penternakan & Pemasaran Kambing Susu Yang Berjaya
Khamis, 13 Jun 2013
Isnin, 10 Jun 2013
Khamis, 6 Jun 2013
Isnin, 3 Jun 2013
Khamis, 30 Mei 2013
Jumaat, 19 April 2013
Terapi Kambing: Al Islam April 2013
Kambing: Penawar Dari Syurga.....
Sangat menarik rencana laporan khas majalah Al-Islam keluaran terbaru ini. Terapi Kambing. Menyentuh tentang keseluruhan aspek dan sejarah ringkas tentang kambing di zaman Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan ulasan saintifik tentang keberkatan daging kambing & susu kambing. Dan ulasan ketidakrasionalan taboo tentang kambing dalam masyarakat Melayu. Dapatkan segera di pasaran.
Walaupun begitu, rencana khas ini sepatutnya dikeluarkan 5 tahun lepas. Bukan hari ini. Kerana hari ini, penternakan kambing bukan lagi fenomena di negara kita. Ramai rakan-rakan saya telah tutup kandang. Malah otai-otai penternakan kambing juga telah tutup kandang. Dulu, nama-nama yang hebat dalam ternakan ini telah diam membisu. Di MAHA tidak lagi meriah dengan penternak-penternak kambing. Bnayak halangan dan cabaran dalam penternakan ini. Tidak dinafikan. Terlalu banyak kos yang perlu ditanggung. Sedangkan pulangan hanya tokey kambing je yang tahu :)
Namun, usaha Utusan Karya ini harus dihargai. Lebih baik ada dari tiada. Tahniah Al-Islam. Sekurang-kurangnya menambahkan pengetahuan dan mengembalikan minat dan nostalgia kawan-kawan perkambingan saya. Dan yang paliang penting. Rakyat Malaysia harus makan kambing dan minum susu kambing dengan banyak! hahaha... sekian.
(Apa khabar En. Daud & Zali? Saya doakan hidup tuan-tuan diberkati Allah. Amenn..)
Labels:
buku,
informasi,
jualan daging kambing,
kambing,
testimonial
Rabu, 10 April 2013
Kenapa Rasulullah s.a.w Dan Nabi-Nabi Allah Mengembala Kambing?
Dalam buku Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi s.a.w karangan Dr. Ab. Aziz Mohd Zin . Terbitan Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Islam, Universiti Malaya. Buku ini ada menjawab persoalan tersebut. Di sini saya lampirkan jawapan tersebut. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Insha Allah...
Sunah Rasulullah s.a.w. : Manfaat Memelihara Kambing |
Rabu, 9 Januari 2013
Sabtu, 5 Januari 2013
Proposal / Kertas Kerja Penternakan Kambing Susu
Muka Hadapan Proposal Ternakan Kambing Susu |
Proposal / kertas kerja ini telah lama saya buat untuk memenuhi permintaan seorang kawan. Projek penternakan kambing susu / tenusu sememangnya mempunyai prospek yang sangat besar. Saya telah mencurahkan segala idea dan research selama beberapa tahun untuk menyiapkannya 2 tahun yang lepas.
Isi kandungan:
- PENGENALAN
- OBJEKTIF PROJEK
- TUJUAN
- TUJUAN PEMBIAYAAN
- LATAR BELAKANG PEMOHON
- MAKLUMAT MENGENAI PROJEK
- BAKA KAMBING SUSU YANG DICADANGKAN
- PARAMETER CIRI-CIRI BAKA YANG DIPERLUKAN
- SISTEM PENTERNAKAN
- KANDANG TERNAKAN
- MAKANAN DAN MINUMAN
- PENGURUSAN TERNAKAN
- JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN
- PASARAN
- CABARAN
- PERANCANGAN PEMASARAN & PROMOSI
- PERANCANGAN PERBELANJAAN
- UNJURAN & ALIRAN PENDAPATAN
Isnin, 31 Disember 2012
Sabun Hillcute Terbaharu...!!
Assalamualaikum, setelah lama bertapa untuk mencari formula baru perniagaan, kini hadiah tahun baru kami menemui anda..... Hihihi...
Dengan formula terbaharu dengan kandungan susu kambing 50%!!
Dapatkan segera.... Hanya RM2.00/ satu sahaja! Temui produk ini di Pusat Jualan TPU (UPM) bermula 2 Jan 2013.
Atau hubungi kami untuk tempahan dan penghantaran pos... Terima kasih.
Jumaat, 28 September 2012
Isnin, 10 September 2012
Tahukah Anda Keunikan Mata Kambing?
Dari apa yang kita tahu, anak mata biasanya berbentuk bulat. Tetapi tahukah anda anak mata kambing berbentuk segiempat tepat. Tak percaya? Cuba anda lihat dan tenung anak mata kambing dengan teliti. Kalau susah sangat nak cari kambing, lihat foto.
Segiempat tepat bukan? Mungkin ada yang sudah tahu. Tapi tahukah anda mengapakah anak mata kambing berbentuk segiempat dan apakah fungsinya? Ada sebabnya kenapa Allah SWT menjadikan anak mata kambing sebegitu rupa.
"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sengaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia" - Surah Al-Mukminum ayat 115-116
Mempunyai anak mata yang berbentuk segiempat ada kelebihannya dimana kambing dapat melihat dunia secara 320 hingga 340 darjah. Subhanallah!!! Ini bermakna, kambing hampir dapat melihat keadaan disekelilingnya tanpa menoleh ke kiri, kanan atau belakang. Manakala mata manusia hanya mampu melihat dunia secara 120 hingga 210 darjah.
Malah bukan itu sahaja, satu kajian telah dilakukan dimana haiwan yang mempunyai anak mata berbentuk segiempat tepat dapat melihat dengan lebih jelas pada waktu malam atau di tempat yang gelap. Ini adalah kerana saiz anak matanya jauh lebih besar dan pada waktu siang, anak matanya boleh mengecil untuk menyekat kemasukan cahaya.
Selain itu, mata kambing memang menakjubkan kerana semasa kambing melihat keatas dan kebawah, bebola mata kambing boleh berputar mengikut atau melawan arah jam. Sungguh unik bukan?
Inilah dia keajaiban ciptaan Allah SWT. Setiap ciptaan-Nya ada sebabnya. Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia.
Ini bulu mata kambing, ini cerita yang lain :) |
Langgan:
Catatan (Atom)