Jumaat, 24 Februari 2012

Bidang Tugas Pegawai Veterinar Kawasan Kita


Informasi ini penting untuk semua penternak bagi memahami skop & bidang tugas vaterinar di kawasan masing-masing. Jika mereka tidak melakukan tugas ini kita boleh beri surat komplen. Tetapi. Kita juga harus muhasabah diri jika meminta mereka memberi perkhidmatan yang diluar daripada bidang tugas ini.

PENGHURAIAN TUGAS PEMBANTU VETERINAR

1. SKIM PERKHIDMATAN
Pembantu Veterinar Gred G17,G22, G26

2. PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan, Jabatan Perkhimatan Haiwan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Sarawak.

3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan dan penguatkuasaan di peringkat Kumpulan Sokongan dan melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pengurusan kesihatan haiwan, pengurusan kesuburan haiwan, pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem di abatoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat mengenai usaha ternakan, penguatkuasaan undang-undang veterinar, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

4. BIDANG TUGAS
Secara amnya bidang tugas Pembantu Veterinar adalah berbeza mengikut lokasi penempatan mereka bertugas dan adalah seperti berikut:-

4.1 Bidang Tugas Pembantu Veterinar Gred G26 dan G22




4.1.1 Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT)
(a) Penyeliaan dan perlaksanaan kerja-kerja berkaitan dengan ujian mutu susu seperti ujian alkohol, Solid Non-Fat (SNF), ketumpatan bandingan susu, ujian kandungan lemak susu, Methylene Blue Reduction Test;
(b) Penyeliaan kerja-kerja sanitasi dan kebersihan loji susu, peralatan chiller dan cooler, tangki susu, tong susu, lantai dan kawasan loji;
(c) Pengaturan pemasaran susu di PPIT ke kilang dan pemprosesan susu untuk jualan tempatan;
(d) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(e) Penyediaan laporan dan pengemaskinian rekod; dan
(f) Penyeliaan kakitangan di bawah pengawasan pegawai.




4.1.2 Ladang Ternakan Jabatan




4.1.3 Kuarantin Haiwan
(a) Mengumpul data dan mengemaskini maklumat untuk analisis oleh pihak atasan bagi perancangan pengeluaran dan penambahbaikan genetik;
(b) Melaksanakan program penambahbaikan genetik seperti rancangan permanian beradas, pengesanan/penyelarasan berahi yang terancang (synchronization of heat) dan pemeriksaan libido;
(c) Menyelia program penyuntikan pelalian terhadap penyakit semasa wabak atau sebagai aktiviti rutin mengikut program yang terancang;
(d) Mengawal selia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(e) Mengawalselia penyediaan laporan dan pengemaskinian rekod; dan
(f) Menyelia kakitangan di bawah pengawasan pegawai.
(g) Menyelia pemeriksaan dokumentasi di pintu-pintu masuk negara seperti sijil kesihatan, sijil eksport, permit import dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pengimportan atau pengeksportan barangan asal haiwan;
(h) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;




4.1.4 Pejabat Haiwan Daerah




4.1.5 Pusat Latihan Jabatan




4.1.6 Abatoir Jabatan
(a) Penyediaan laporan dan pengemaskinian rekod; dan
(b) Penyeliaan kakitangan di bawah pengawasan pegawai.
(c) Memberi khidmat nasihat dan aspek amalan penternakan yang baik;
(d) Menyediakan draf pelbagai laporan teknikal secara berkala;
(e) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(f) Memastikan rekod dikemaskini dan disimpan dengan teratur; dan
(g) Menyelia kakitangan di bawah pengawasan pegawai.
(h) Menyediakan draf jadual kursus tahunan untuk kakitangan jabatan dan penternak;
(i) Mengumpul data dan pengemaskinian maklumat untuk analisis oleh pihak atasan bagi perancangan latihan dan penambahbaikan kursus;
(j) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(k) Menyediakan draf laporan keberkesanan kursus secara berkala;
(l) Memastikan rekod dikemaskini dan disimpan dengan teratur; dan
(m) Menyelia kakitangan di bawah pengawasan pegawai.
(n) Menyelia pemeriksaan ante-mortem sebelum penyembelihan dan pemeriksaan daging selepas penyembelihan;
(o) Menyelia kerja-kerja sanitasi dan kebersihan abatoir, peralatan chiller dan cooler, lantai dan kawasan abatoir;
(p) Mengawalselia pembuangan sisa di abatoir jabatan;
(q) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(r) Menyediakan laporan penyembelihan secara berkala; dan
(s) Menyelia kakitangan di bawah pengawasan pegawai.




4.1.7 Abatoir Dan Loji Pemprosesan Milik Swasta




4.1.8 Zon Pengeluaran Ternakan
(a) Menyelia pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem;
(b) Menyelaras pengambilan dan penghantaran sampel untuk pemantauan kebersihan dan kadar pencemaran dan kualiti produk di abatoir atau loji pemprosesan;
(c) Mengawalselia pembuangan sisa di abatoir atau loji pemprosesan;
(d) Memantau tahap keakuran peraturan dalam pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) dan amalan pembuatan yang baik (Good Manufacturing Practice);
(e) Menyediakan laporan pemeriksaan loji secara berkala; dan
(f) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pemilik loji pemprosesan dengan jabatan.
(g) Memberi khidmat nasihat kepada penternak mengenai amalan penternakan yang baik;
(h) Menyediakan maklumat asas untuk kertas kerja projek penternakan bagi maksud mendapatkan pembiayaan;
(i) Mengumpul data dan mengemaskini maklumat untuk analisis oleh pihak atasan bagi perancangan strategi pemasaran dan pengeluaran;
(j) Melaksanakan program penambahbaikan genetik seperti rancangan permanian beradas, pengesanan/penyelarasan berahi yang terancang (synchronization of heat) dan pemeriksaan libido;

4.1.9 Penguatkuasaan Undang-Undang Veterinar

4.2 Bidang Tugas Pembantu Veterinar Gred G 17
(a) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pemilik ladang komersil dan ladang projek integrasi ternakan;
(b) Mengawalselia penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan kemudahan pejabat;
(c) Memastikan rekod dikemaskini dan disimpan dengan teratur; dan
(d) Menyelia kakitangan di bawah pengawasan pegawai.
(e) Penerangan kepada orang awam mengenai langkah-langkah kawalan penyakit.

4.2.1 Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT)
(a) Menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan ujian mutu susu seperti ujian alkohol, Solid Non-Fat (SNF), ketumpatan bandingan susu, ujian kandungan lemak susu, Methylene Blue Reduction Test.
(b) Menyelenggaraan peralatan susu seperti milk line vacuum, compressor, milking cluster dan milking parlour;
(c) Menjalankan kerja-kerja sanitasi dan kebersihan loji susu, peralatan chiller dan cooler, tangki susu, tong susu, lantai dan kawasan loji; dan
(d) Mengemaskini maklumat dan penyimpanan rekod.

4.2.2 Ladang Ternakan Jabatan
(a) Membuat pemeriksaan fizikal dan pengiraan ternakan yang dipelihara dalam ladang;
(b) Merawat ternakan yang sakit;
(c) Menjalankan penyuntikan pelalian terhadap penyakit semasa wabak atau sebagai aktiviti rutin mengikut program yang terancang;
(d) Membuat pemeriksaan tahap kesuburan dan kebuntingan ternakan; dan
(e) Mengemaskini maklumat dan penyimpanan rekod.
(f) Membuat pemeriksaan fizikal harian terhadap ternakan yang dipelihara dalam kuarantin dan barangan asal haiwan di pintu masuk dan barangan yang dibawa keluar negara;
(g) Memberi rawatan kepada ternakan yang sakit;
(h) Membuat pemeriksaan dokumentasi di pintu-pintu masuk negara seperti sijil kesihatan, sijil eksport, permit import dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pengimportan atau pengeksportan barangan asal haiwan; dan
(i) Menjalankan program pembasmian kuman dan aktiviti nyah jangkitan ke atas premis dan persekitaran kuarantin.
(j) Menjalankan penyuntikan pelalian terhadap penyakit ternakan semasa wabak atau sebagai aktiviti rutin mengikut program yang terancang;
(k) Melaksanakan pengambilan dan penghantaran sampel untuk ujian makmal; dan
(l) Memberi perkhidmatan teknikal dalam aspek amalan perubatan veterinar di lapangan dan klinik haiwan di bawah pengawasan Pegawai Veterinar (Doktor Veterinar Berdaftar);
(m) Mengutip hasil kerajaan dari perkhidmatan yang dibekalkan; dan
(n) Mengemaskini maklumat dan menyimpan rekod.
(o) Membantu dalam perlaksanan latihan berbentuk hands-on dan kursus kepada usahawan dan kakitangan Jabatan;
(p) Mengemaskini maklumat dan menyimpan rekod; dan
(q) Mengutip hasil kerajaan dari perkhidmatan yang dibekalkan.

4.2.3 Kuarantin Haiwan

4.2.4 Pejabat Haiwan Daerah

4.2.5 Pusat Latihan Jabatan
(a) Menjalankan pemeriksaan ante-mortem sebelum penyembelihan dan pemeriksaan daging selepas penyembelihan;
(b) Membuat penyampelan tisu dan cairan tubuh untuk ujian makmal dan pengesahan kehadiran dadah veterinar;
(c) Menjalankan kerja-kerja sanitasi dan kebersihan abatoir, peralatan chiller dan cooler, lantai dan kawasan abatoir;
(d) Mengemaskini maklumat dan menyimpan rekod; dan
(e) Mengutip hasil kerajaan dari perkhidmatan yang dibekalkan.
(f) Membantu pemeriksaan karkas atau produk hasilan ternakan;
(g) Mengambil dan menghantar sampel untuk pemantauan tahap kebersihan loji, kadar pencemaran dan kualiti produk;
(h) Membantu perlaksanaan audit tahap keakuran kepada peraturan dalam pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) dan amalan pembuatan yang baik (Good Manufacturing Practice); dan
(i) Membantu penyediaan laporan pemeriksaan loji secara berkala.
(j) Memberi perkhidmatan teknikal dan amalan perubatan veterinar dibawah pengawasan Pegawai Veterinar (Doktor Veterinar Berdaftar) kepada penternak dan pemilik haiwan;
(k) Membantu dalam perlaksanaan latihan berbentuk hands-on di lapangan kepada usahawan dalam bidang penternakan;
(l) Membuat pemeriksaan tahap kesuburan dan kebuntingan ternakan;
(m) Menyelia kerja-kerja pembangunan kawasan penanaman pastura dan foder dan kawasan integrasi ternakan dalam perladangan; dan
(n) Mengemaskini maklumat dan menyimpan rekod.

4.2.6 Abatoir Jabatan

4.2.7 Abatoir Dan Loji Pemprosesan Milik Swasta

4.2.8 Zon Pengeluaran Ternakan
(a) Menjalankan penyingkiran ternakan yang sakit atau yang dijangkiti;
(b) Menjalankan penyahjangkitan premis dalam program kawalan penyakit;
(c) Membantu dalam pemeriksaan ladang ternakan bagi mengesan jangkitan penyakit ternakan; dan
(d) Mengambil sampel untuk ujian makmal.

4.2.9 Penguatkuasaan Undang-Undang Veterinar

5. HUBUNGAN KERJA
5.1 Luaran
5.2 Dalaman
6.1 Dalam Pejabat/Permis
6.2 Luar Pejabat
(i) Orang awam.
(ii) Penternak tradisional.
(iii) Pengusaha ternakan komersial.
(iv) Syarikat swasta.
(v) Jabatan/agensi kerajaan yang lain.
(vi) Peniaga ternakan/hasil ternakan.
(vii) Pemilik loji/abatoir swasta.
(i) Rakan sekerja di pejabat/unit/bahagian yang sama.
(ii) Pegawai dan kakitangan dalam organisasi yang sama.

6. PERSEKITARAN KERJA(i) Kawasan pejabat.
(ii) Kawasan ladang.
(iii) Pusat latihan.
(iv) Kawasan loji.
(i) Ladang penternak.
(ii) Abatoir dan loji swasta.
(iii) Kawasan rumah pelanggan (penternak, pengusaha dan lain-lain).

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal dalam amalan perubatan veterinar, amalan penternakan yang baik, kesejahteraan dan kebajikan haiwan, keselamatan produk ternakan dan peraturan dan undang-undang veterinar.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN(i) Berminat dengan bidang haiwan.
(ii) Kasih sayang terhadap haiwan.
(iii) Tahan lasak untuk kerja lapangan.
(iv) Bersih, cekap dan amanah.
(v) Jujur.
(vi) Bertanggungjawab.
(vii) Kemahiran berkomunikasi.

9. ANCAMAN/BAHAYA
(i) Terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit (zoonotik).
(ii) Terdedah kepada kecederaan diri semasa mengendalikan haiwan.
(iii) Penyelewengan semasa kerja.
(iv) Kepentingan diri.
(v) Terdedah pada unsur rasuah.


http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil35/LampC.pdf

Tiada ulasan: