Khamis, 23 Februari 2012

Potensi Penternakan Kambing


Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3 ) telah menitikberatkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang boleh dimainkan dalam bidang usaha ini.

Jabatan mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu di lapangan, bidang usaha pengeluaran kambing boleh digerakkan dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dangan potensinya pada masa hadapan.

Walaupan kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga.

Permintaan bagi danging kambing pada tahun 2010 diunjurkan sebanyak 21.30 tan metrik sedangkan pengeluaran hanyalah di tahap 2.18 tan metrik sahaja. Kadar sara diri bagi daging kambing pada tahun 2010 berada pada tahap 10.23% sahaja. Ini menjanjikan ruang dan peluang yang besar kepada semua penternak untuk menceburi bidang ini.

http://www.agribdc.gov.my/goat (2010)

Tiada ulasan: