Sabtu, 16 Jun 2007

Bijaksananya Penternak Itu...

Di negeri-negeri yang kaya di Semenanjung Malaysia, penternak-penternak kambing tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Maka industri penternakan ini menjadi semakin galak dan memberansangkan ekonomi penduduk dan negeri yang dah sedia kaya itu.

Bagi memangkinkan kegiatan yang berpotensi tinggi ini, maka sebuah agensi kerajaan yang terlibat dengan sektor pertanian telah menawarkan subsidi dan bantuan. Subsidi ini berupa kambing boer yang telah matang, paling kurang sebanyak 20 ekor.

Sungguh bertuah penternak yang mendapat bantuan percuma ini. Tanpa cagaran. Tanpa modal. Tanpa titik peluh yang banyak, dapat kambing boer dah cukup umur. Bertuah Sungguh!! Sedangkan penternak-penternak lain terkial-kial mencari bantuan atau mengumpul duit daripada usaha tulang empat kerat.

Bertuah sungguh beliau dapat kambing boer bantuan. Pasaran pun tak perlu bimbang. Agensi kerajaan ini akan beli semula kambing-kambing beliau, kalau dah beranak pinak. Kalau dah banyak. Beruntung sungguh!!

TAPI. Tanpa berfikir panjang. Tanpa fikir dalam-dalam. Belum pun sempat kambing beranak-pinak. Belum pun 12 bulan membelai kambing subsidi. Dengan rela. Keputusan dibuat. 15 ekor kambing subsidi, beliau jual borong. Sungguh! Tapi, itu biasa. Dan. Dengan "bijaksananya" beliau jual borong dengan harga, RM1800 sahaja!!!! Ini luar biasa!!!!

"Bijaksana" sungguh beliau!! Malang sungguh agensi kerajaan itu.

Sepatutnya kambing subsidi itu kamu yang dapat. Ya, kamu yang sedang membaca ni. Kamu yang sebenarnya lebih layak. Kamu berjiwa penternak. Beliau berjiwa...........

***Letakkan komen anda di SINI <------sila klik

12 ulasan:

esis berkata...

SILA BERIKAN PANDANGAN BERNAS SAUDARA...

TERIMA KASIH.

Muhammad Juwaini berkata...

Boleh saya tau siapa yang dimaksudkan dalam cerita di atas?
Tapi itulah lumrah alam, 'mudah dapat, mudah dibuang'..

Tanpa Nama berkata...

yang agensi kerajaan pun satu..pilih orang tu pilih la org yang layak serta betul2 nak buat..ala bole nampak la org bual2 kosong dengan betul2 berminat..jgn serkap jarang la agensi terlibat.yg kroni ngan memember je tau kalo ada bantuan camni..kat penternak2 serta org yang minat dibuat tak tau je..kekadang dianggap mereka ni penyibuk..ubahla budaya serta cara kerja sikit..jujur dalam melaksanakan amanah..ingat ada lagi yg lebih berkuasa dari kita manusia ni..nasri

Tanpa Nama berkata...

Sakit hati dengar dan baca...jangan-jangan kambing tak sempat turun dari lori agensi kerajaan tersebut dah terjual kat orang lain. Salurkanlah bantuan tu pada pihak yang betul, yang dah ada kandang tapi masih kosong...terkial-kial nak kumpul duit beli baka boer cross sekalipun...inikan pulak boer tulin...Dapat free jual seringgit pun dah untung!!

esis berkata...

Saudara semua,

Dia jual kambing boer 15ekor = RM1800

jadi 1800/15 = RM120 seekor!!!!

dalam pasaran kambing kathang pun RM300 seekor!!

Kesian sungguh!!

mybob berkata...

nie namanya buduh-sombong! heheh apa lah..kalau yer nak letgo pun jual le borong rm18,000 baru lah aku tak terkejut...mana kau dapat berita nie..

luqs_ berkata...

Aisehh kenapa lah aku x jadik pembeli yg beruntung tuh membeli 15 ekor boer dengan hanya RM 1800. kalau kasik penjual tuh tambahan sebanyak 3k lagi pon aku sanggup.. kecewa ngan sikap penerima subsidi camni..aku punye la susah nk melobi kesana kemari,die leh senang2 je buat camtuh huhu.. andai la aku yg jadik si penternak yg bertuah itu??

Actos berkata...

nice post, it's really interesting for me today, thx

chandran berkata...

kalau 15 ekor RM 1800 saya mampu beli 30 ekor ... tapi dunia ini mana nak dapat free atau murah ???? semua duit ..

chandran berkata...

friday june 29 , hari ini baru saya melawat kandang cassrose kat jalan kebun dimiliki oleh mr esis... dekat 170 ekor boer & feral harga pun bebaloi .saya ternak kambing kathang 10 ekor kat Kuala selangor , nak planing tambah 50ekor + 5 ekor boer .tapi tidak pegalaman untuk kambing boer & risau pada marketing . bro bagi advice sikit - chan30dc@hotmail.com

google优化 berkata...

无锡乐洋化机公司主要采购反应设备销售反应设备反应设备商机反应设备产品反应设备公司反应设备供应商反应设备市场反应设备价格行情反应设备展会信息反应设备行业资讯反应设备反应设备本公司主要生产反应设备销售反应设备制造反应设备和各种产品我们是反应设备供应商有很大的反应设备市场反应设备详细情况可以访问反应设备专业网本公司主要生产反应设备
销售反应设备冷凝器冷凝器冷凝器冷凝器冷凝器反应锅反应锅反应锅反应锅反应锅反应釜反应釜反应釜反应釜反应釜反应釜反应釜反应釜反应釜搅拌设备搅拌设备搅拌设备不锈钢反应釜冷凝器冷凝器冷凝器冷凝器冷凝器展会信息冷凝器行业资讯反应锅反应锅反应锅反应锅反应锅反应釜反应釜反应釜反应釜反应锅反应釜换热器换热器换热器换热器

Tanpa Nama berkata...

erm biasa ar tue,
orang kalu jenis x fikir panjang nak untung cepat.kiter nie yang terkial2 nak cari subsidi macam tue sampai ketua ar jawapnya, anyway saya ade satu soalan nie untuk casserose, katalah saya ade ladang kambing dah sudah ade kambing untuk dijual, kat mana sy nak pasarkan kambing2 saya nie, harap dapat cadangan dari pihak casserose, pyoe_aru@hotmail.com
p/s sy berasal dari kuantan pahang