Khamis, 27 September 2007

Jika Ayam Daging Berenzim Babi...

Kenyataan ini saya quote dari Harian Metro.

Kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

Suatu kejutan yang membimbangkan! Kita, sebagai seorang Muslim yang memang diharamkan ke atas kita sebarang sumber daripada babi. Jika benar. Maka kini, diseluruh pelosok tubuh kita telah sarat dengan partikel-partikel haram daripada babi. Berpuluh tahun, enzim haram ini bersarang dalam tubuh kita. Menjadi darah daging kita. Mengalir dalam darah daging zuriat kita. Hina Sungguh!
“Ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,
Jika 60% sel dan daging ayam adalah babi, maka tercetus di pemikiran saya bahawa; "Kita makan daging babi bertubuh ayam!!"

Jadi, telah menjadi tanggungjawab kita. Gantikan sumber protien daripada ayam daging kepada daging kambing. Makanlah daging kambing (chevon & cabrito) sebagai sumber protien selain daripada ikan. Sebagai tuntutan fardu kifayah. Mulakan dengan keluarga kita.

Jelas, daging kambing lebih sihat kerana kurang kolesterol dan lemak. Tidak diragui kesuciannya dan ternyata tiada unsur babi di dalamnya. Dan. Sirah nabi-nabi meriwayatkan bahawa mereka memakan daging kambing dan meminum susu kambing.

Mulakan dari kita untuk kesejahteraan semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ayam Daging Berenzim Babi di dalam Harian Metro, sila klik SINI.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam

Ayambabi ni dah lama.kalau tak salah 2 tahun lepas,cerita mula dibesarkan.Logiknya ayambabi ni dikeluarkan untuk memenuhi permintaan di musim perayaan....harap pihak kerajaan terutama badan agama,membuat pemantauan rapi terhadap kes ini.Majorati penternak ayam adalah CHA YA NUN ALIF ...so faham faham aja lah.
P/S guna vaksin kambing atau lembu tak boleh ka?