Selasa, 25 September 2007

Kos Efektif Pemberian Makanan

BERAPA BANYAK MAKANAN DIPERLUKAN OLEH SEEKOR KAMBING DALAM 1 HARI.

Pemberian pellet (kosentrat) kepada kambing haruslah secara efektif dan terancang supaya tidak berlaku pembaziran. Oleh itu, untuk informasi dan kebaikan semua, pemberian pellet harus diberi sebanyak 2% atau 3% daripada berat badan kambing.

Contohnya, purata berat Kambing Boer 40kg, maka pemberian pellet sebanyak 0.8kg atau 1.2kg untuk seekor.

Manakala pemberian tumbuhan hijau seperti napier atau daun kelapa sawit haruslah diberi sebanyak 10% daripada berat badan kambing.

Contohnya, Berat Kambing Boer 40kg, maka pemberian napier atau tumbuhan hijau adalah sebanyak 4kg.

Tumbuhan hijau adalah serat yang penting bagi penghadaman kambing. Pallet pula penting untuk penggemukan kambing. Selain zat dan vitamin yang terdapat di dalam kedua-dua jenis makanan ini. Oleh itu, saudara perlu memberi makanan ini secara optimum, supaya pembesaran dan kesihatan ternakan tidak terjejas. Selain disebabkan pellet yang semakin mahal!Perlu diingatkan kepada penternak, bahawa pemberian pellet mestilah di sebelah pagi dan pemberian serat/tumbuhan hijau di sebelah petang. Jika tidak, proses penghadaman kambing agak kurang baik. Ini boleh dibuktikan dengan tinja yang dikeluarkan agak cair dan lembab. Sedangkan, tinja yang bulat dan kering membuktikan penghadaman kambing dalam keadaan baik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

20 Sept 2007, Berbicara tentang tinja untuk tambahan pendapatan, hari ini berbicara terhasilnya tinja yang baik dan bermutu terbentuk dari permakanan dan penghadaman bermula dari pemberian makanan kepada ternakan…

Mudah dan ringkasnya petua yang disampaikan…

Pagi = pellet (0.8-1.2kg/ekor@40kg)
Petang = rumput atau serat hijau (4kg/ekor@40kg)

Cukup Makan, Baik Kesihatan Memberikan Pulangan Besar.

RAI@AMJ

esis berkata...

RAI@AMJ

Hahaha, terima kasih. Saya cuma berkongsi informasi.