Selasa, 10 Julai 2007

Belajar Dari LRT

Saya suka cara bijak yang digunakan oleh Ladang Ternak Terengganu (LRT). Sangat efisyen dalam penjimatan kos dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap kesihatan kambing.

Apa yang menarik tentang gambar di atas? Tiada? Oklah, saya akan jelaskan kemudian... Sering berlaku masalah kesihatan kaki kambing jika penternak tidak tahu tabii kambing yang semulajadi. Antara penyakit kaki kambing yang kritikal ialah kaki busuk dan selainnya adalah masalah kuku Aladdin atau di Australia dipanggil elf shoes. Ini sering berlaku jika menjalankan penternakan secara feedlot. Jadi masalah ini perlu dicegah pada peringkat awal.

Penternakan secara lepas bebas dan separa ragut jarang menghadapi masalah ini. Ini kerana kambing akan pergi ke tempat-tempat berbatu atau kasar (bersimen atau bertar) untuk mengikis kuku kakinya. Jadi, mereka tiada masalah dengan kuku kambing Aladdin.

Ada sebuah kandang besar yang mempunyai beribu ekor kambing, terpaksa mengupah penternak lain untuk memotong atau trim kuku kambing mereka. Tidak silap saya RM5 untuk seekor kambing....! Pembaziran berlaku di sini.

Contohi LRT! Letakkan batu bersimen atau batu besar yang leper dalam setiap partition kandang saudara. Biarkan kambing "memotong" kukunya sendiri... hahaha.. Terima kasih LRT, ucapan daripada Persatuan Penternak Kambing Malaysia.

1 ulasan:

FAN Agri berkata...

TQ Esis.
Sangat bermaklumat.
Sampai hari ini tak sempat lagi berjumpa saudara di kandang. Minta maaf sebab sebenarnya saya dah datang ke kandang saudara tapi setakat sekodeng diluar (Singgah on the way balik keje)