Jumaat, 30 Mac 2007

Respon Ketiga Realiti Penternakan Kambing

----- Original Message ----
From: mohdfikri mohdbakri wrote;

Assalammualaikum,

Saya pun ingin mencelah sikit . Sebenar apa yang diperkatakan banyak yang betul - tetapi apabila kita nak berniaga itulah cabarannya. Tiada benda yang free and senang dalam dunia ini. Lihat sajalah beratus kali telah diberitahu yang skim cepat kaya itu satu "scam" dah ramai kena tipu tetapi masih ramai yang percaya kerana apa - sebab mereka datang dalam belbagal rupa dan cara. Kalau kita teliti kenapa kita tidak boleh belbagaikan strategi perniaggan kita. Kalau kita mampu keluar 30,000 ekor sehari maka strategi nya lain. Tapi realiti nya adakah kita mampu keluar 30,000 ekor pada hari ini ? Kalau cakap pasal FAMA atau agensi yang lain - bukan mereka taknak beli tetapi kadang salah kita juga tidak mampu memberi supply yang tak konsisten. Saya rasa kalau dalam keadaan sekarang mustahil kita boleh mengeluarkan 30,000 sehari. Kalau kita perhatikan di Australia dan New Zealand bilangan kambing adalah melebihi penduduknya - mereka tak risau pun pengeluaran yang berlebihan - sebab nya mereka ada strategi perniagaan .

Contoh saya pernah bela ayam serama - dan harga nya ada sampai beribu ringgit - itu pun orang tanya buat apa siapa nak beli dan macam macam lagi. Tuan-tuan tau tak saya boleh kutip rm200 dengan hanya mempamerkan ayam ini. Orang bandar anak-anak nya tak ramai yang ada kampung dan boleh bermain ayam - dengan membawa ayam ini di bandar dan letakkan di Taman Tasik Titiwangsa misal nya - dan sesiapa yang nak bemain dengan ayam bayar RM1 dan dengan makanan RM2. Menjelang petang dah ada RM200 lebih. Ini contoh yang pernah saya buat dan kalau kita nak promote kambing kita perlu bawa mereka ke pusat-pusat perniagaan atau di hotel apa salahnya.

Tapi bagi saya yang penting sekarang ialah networking antara kita - mungkin kita boleh bahagi mengikut zon parlimen. Kalau ada 5 penternak dalam stau zon pun dah bagus. Dengan ini kita boleh berkongsi untuk membeli makanan, ubat - ubatan , pengangkutan , promosi dan juga pemasaran dan banyak lagi (tak perlu ada persatuan yang nak kutip yuran dll). Kalau mereka tiada kambing tetapi berminat pun boleh join Sebulan sekali berjumpa di kandang secara rotation dan brain storming cadangan dan masaalah. Tiga bulan sekali buat lelongan kambing. 6 bulan sekali buat pertandingan kambing. Kalau susu banyak jual dalam paket. Kalau kiat dok nak cerita ini susah itu susah memanglah susah. Tapi kalau setiap masaah itu kita anggap satu cabaran , insyallah ada penyelesain nya. Jom kita rancang satu demi satu.

Dalam forum ni ramai yang pakar dan sifu-sifu kambing. Kalau ada yang tak nak bantu takpalah kita usaha dengan siapa yang nak. Lagi satu nak berniaga mesti ada model - ada sedikit pun tak pa yang lain tu kudrat kita . Sorry lah kalau saya membebel - tapi kadang-kadang saya hairan ramai ang suka bercakap dari mahu melakukan.

So why not as a first step kita daftar dulu seperti :
1) Nama & No Talipon.
2) Lokasi Kandang
3) Bil kambing dan Jenis
4) Jenis Makanan yang diperlukan.
5) Bil Kambing untuk dijual dalam masa 6 bulan.

-kalau ada nak tambah detail lain - sila lah tapi jangan banyak sangat. Siapa nak volunteer database ? Kalau takda , saya boleh. Untung-untung besok kalau menjadi boleh lah kita jadi kumpulan pendesak yang boleh memberi cadangan kepada kerajaan dan agensi. Yang perlu kita bersatu - Kalau dok cakap nya - penat juga, Orang lain makin lama makin maju. Terima kasih dan maaf lah kalau saya merepek.

-Mohd Fikri-

**********
Data base ini diusahakan oleh En. Mohd Fikri. SILA SERTAI ATAU LENGKAPKAN DATABASE DI SINI

3 ulasan:

budak gemok berkata...

assalamualaikum...niat saya berkobar-kobar untuk membuka penternakan kambing yg ingin dijadikan satu bisnes...akan tetapi belum lagi terlaksana kerana ada beberapa halangan..insyaAllah langkah pertama akan bermula pada akhir bulan April ni..(baru nk kursus dgn sepupu yg juga penggembala kambing)..satu cadangan kepada sesiapa yg otai dalam bidang perkambingan..boleh tak bina satu ruang forum yg dijadikan satu wadah dalam usaha perkambingan...maknanya forum itu di sisi dengan pelbagai fungsi...utk marketing pun boleh..tp yg paling saya harapkan ialah pengalaman dan tips dari sifu2 kambing untuk saya jadikan panduan dalam dunia perkambingan nanti....wassalam

faidzal ghazali berkata...

Salam,

Saya rasa apa yang tuan nak buat ni sungguh bagus. Sangat proactive tanpa terlalu mengharapkan orang lain. Saya linked kan blog tuan pada blog saya untuk menyokong usaha pihak tuan. Kita perlu ramai lagi orang macam tuan ni. Semoga kita semua berjaya! Insyaallah.
Faidzal Ghazali
http://merlongboerfarm.blogspot.com

esis berkata...

budak gemok,
sebenarnya dah ada forum tu. cuba saudara sertai yahoogroups kaprima atau kambing-boer.


faidzal,
terima kasi. semoga sama2 kita berjaya