Dari perbincangan di kaprima@yahoogroups.com
Khairil Anuar Mahmud ... wrote:
Salam, Sekadar pendapat.
Buat apa kita cipta banyak alasan untuk tidak menternak?
PERTAMA - KURSUS
Ramai yang terlalu taksub dengan kursus. Andaikata kalau tak ambil kursus tak boleh ternak kambing, sure gagal. Salah tanggapan tu... bidang ternakan kambing nih bukan bidang profesional yang komplikated. Orang kampung yang tak reti membaca pun boleh ternak kambing. Tak susah ternak kambing, bagi makan ikut masa, bagi makan cukup, bagi air yang bersih, jaga kebersihan kawasan ternakan, pastikan kambing sihat. Kalau ada yang kena penyakit rujuk Jabatan Haiwan. Tak perlu pakai algebra, triginometri atau apa-apa formula yang canggih. Kursus hanya memberi latihan intensif... yang mana boleh juga kita dapat daripada pengalaman apabila kita MULA menternak.
Saya tak nafikan kursus ada faedahnya tetapi apa gunanya sebab alasan kursus mahal, lambat kena tunggu, birokrasi... terus kita buntu tak releven. Ni yang saya kata kalah sebelum berperang. Memanglah kursus mahal sebab pengalaman berpuluh tahun dimuatkan dalam beberapa hari. Tetapi macam belajar time sekolah dulu, berapa kerat yang kita gunakan sekarang?
KEDUA - KAYA CEPAT
Maaf nak ketengahkan. Ramai yang tak suka MLM, skim cepat kaya tetapi hakikatnya mentaliti kita masih lagi 'NAK KAYA CEPAT'. Tak nak buat kecil-kecilan, nak terus 'boom'. Nak untung banyak, nak wang juta-juta, nak cepat. Ini sebenarnya satu penyakit dalam komuniti kita. Asal ada projek baik, asyik cerita pasal duit, pasal kaya, pasal bawak merz, pasal beli banglo, pasal pasang bini 4. Bukankah ini lebih kepada sifat 'mata duitan' daripada menjurus kepada mengejar kejayaan?
Kejayaan bukan terjadi dalam sekelip mata. Kena berusaha, kena tekun, makan masa. Kejadian manusia pun makan masa 9 bulan dalam perut ibu, kita lahir pun bukan terus boleh berlari. Jadi, bawa bersabar, cekalkan semangat dan teruskan usaha gigih. Insya Allah, Allah tu Maha Adil.
Dikaitkan dengan penternakan ini, buatlah ikut kemampuan. Kalau mampu ternak kambing kampung, mulalah ternak kambing kampung (tak perlu fikir pasal Boer / Janapari dulu). Kalau mampu bela 5 ekor, ternak dulu 5 ekor. Kegagalan sebenar kita adalah apabila kita TIDAK MULA. Lebih sedih kalau orang bilang, "cakap banyak habuk puk tak ada".
KETIGA - COP MANUSIA SUBSIDI / HUTANG
Mengapa kita harus mengharapkan subsidi / pinjaman? Seperti no 2, kita tak perlu mulakan besar-besaran terus, kita orang baru dalam ternakan kambing, asas tak kukuh dah nak ambil risiko yang tak tentu arah. Ini bukan pelaburan yang bijak. Kalau belum mampu nak kumpul duit untuk ternakan kambing, uruskan kemampuan kita dahulu. Saya risau sekiranya buat pinjaman, pinjaman tersebut tidak pergi kepada memulakan ternakan, tetapi dibelanjakan untuk menampung keperluan hidup.
Dalam perniagaan, pengurusan kewangan penting. Kalau kewangan kita sendiri tidak terurus, susah kita nak uruskan kewangan perniagaan. Confirm campur aduk nanti lepas tu memanjang jer duit tak cukup. Jangan kata duit tak cukup sebab gaji kecil. Cuba lihat kebelakang sebentar dan lihat bagaimana mat despatch, security guard boleh besarkan 7-8 orang anak dengan sempurna.
Saya tak tegah anda berhutang. Saya pun berhutang. Cuma saya nasihatkan berhutang sekadar termampu dan tidak membebankan. Jangan terpedaya dengan angan-angan untung berjuta.
KEEMPAT-ASAS PINJAMAN
Selalu kita mengomel susah nak dapat pinjaman. Antara sebab 'SUSAH' dapat pinjaman:
- Hutang lebih daripada kemampuan bayar balik
- Hutang tiada cagaran / jaminan yang lebih mahal
- Bank tak percaya kredibiliti pemohon (blacklisted / tak yakin pada diri sendiri / RP tak kuat)
- Pemohon tak ada sumber lain untuk bayar hutang (jangan berhenti kerja)
- Minta hutang untuk projek yang masih belum dimulakan (masih mat jenin)
Dipendekkan cerita, bank BUKAN badan amal. Bank juga satu perniagaan yang mengharapkan keuntungan. Kalau kita tak boleh bagi untung pada bank, jangan harap bank nak tolong kita. Kalau bank tak nampak kita boleh beri keuntungan pada dia pun, jangan harap bank nak tolong. Kalau anda tanya "Kalau macam tu apa guna bank?". Saya rasa jawapan ada pada diri anda sendiri.
KELIMA-MENIAGA?
Asas perniagaan adalah menjual. Kalau tak reti menjual, jangan berniaga. Orang kita ni ramai yang malu nak menjual, macam ler buat kerja hina. Bila dah menjual, penting pengurusan kewangan, kalau asyik pikir nak berpoya-poya, tak payah meniaga. Bila dah ada pengurusan kewangan, perlu ada pengembangan perniagaan (business development) , selepas tu bolehlah melangkah lebih jauh lagi.
PENUTUP
"Semuanya bermula dari minda anda". Kalau alasan yang anda pikir sampai bila-bila alasan yang anda buat. Kalau tindakan yang anda pikir, pasti anda akan bertindak.
Apa yang saya katakan ini semua asas, semua orang tahu tetapi ramai yang tak ambil pusing. Saya cuma ingin mengingatkan kembali. Berpesan-pesan kepada saudara-saudara dan diri saya sendiri. Yang baik buat tauladan, yang tak bak jadi sempadan. Minta maaf kalau tersalah bahasa.
Khairil, http://www.interxposegroup.blogspot.com/
khairil[AT]interxpose[DOT}com

3 ulasan:
Saya sendiri pun tak terfikir untuk meletakkan posting pada blog saya. Kadang-kala kita memerlukan orang lain untuk mengingatkan kita, tak kira perkara kecil mahupun besar. Syabas dan tahniah kepada saudara.
Khairil, Interxpose
http://www.interxpose.com
terima kasih saudara,
ini adalah sumbangan kecil kita pada masyarakat.
harap usaha kita ini diberkati olehNya....
Saya hairanlah apabila orang mengatakan susah untuk dapatkan kursus. Adakah mereka pernah mencuba ataupun tidak. Saya hantarkan permohonan bulan Februari ini, Alhamdulillah sudah dapat 2 kursus dalam bulan yang sama. Satu di Institut Haiwan Kluang dan satu di Ladang Mai Farm. Maksudnya bukan susah untuk dapat. Cuma perlu usaha dan buat. Bukan sekadar cakap hendak hantar sahaja tapi tak hantar borang. Pelik betul.
Catat Ulasan