Rabu, 29 April 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya


Tuan/puan (semua dijemput hadir), JEMPUTAN SEPETANG SANTAP KAMBING SE-MALAYA Kami dari Kambing Malaya Network menganjurkan majlis temu mesra seperti perkara di atas. Dengan rendah hati, kami menjemput tuan puan sekalian menjamu selera beramai-ramai dan bersua muka sesama kita. 2. Perincian perkara di atas seperti berikut:
  • Tarikh: 1 May 2009 (Jumaat)
  • Masa: 3.ooptg - 10.00mlm
  • Tempat: No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.
  • Personel untuk di hubungi: Iskandar - 0133536740, 60380757920
  • Peta lokasi: KLIK

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.

4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.

5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.

6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

RIE KAMBING MALAYA 012-2969763

Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan "Jaringan Kambing Malaya".

Sabtu, 18 April 2009

Susu Kambing & Sunnah Rasulullah


Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.


Di bawah ini adalah ringkasan petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari SINI yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah Yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.


***********

Susu kambing adalah minuman yang lebih berzat & bergizi berbanding dengan susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang masalah kesihatan akibat meminum susu lembu. Di antara gangguan kesihatan akibat meminum susu lembu ialah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis. Disebabkan oleh itu, susu kambing dapat menjadi alternatif bagi peminum susu yang mempunyai masalah apabila meminum susu lembu.

Mungkin terdapat hikmahnya, apabila terdapat banyak riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang mana kisah mereka adalah meminum susu kambing. Dan bukannya susu lembu! Namun sayangnya manfaat susu kambing, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Sedangkan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sunnah Rasulullah,q termasuk kebiasaan makan dan minumnya.

Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembala kambing milik Uqbah bin Muaith).

Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang mempunyai kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah, berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila BACA)

Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) di negara Eropah, iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula adalah di Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?

Pada dasarnya ramai mengetahui, meminum susu sangat digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun, meminum susu segar bukan kebiasaan orang Malaysia terutama Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.

Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan iaitu Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia, kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!

Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (Surah Al Nahl, ayat 66) , Allah juga menyebutkan bahawa "minuman susu itu banyak faedah kepada manusia" (Surah Al Mu'minuun, ayat 21). Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "banyak faedah" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.
Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Selasa, 14 April 2009

PPKM: Jawatankuasa Penaja Bermesyuarat

Jangan ditanya;
Apa yang persatuan akan sumbangkan kepada kita.

Tanyalah diri sendiri;
Apakah yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan (semua orang).

Inilah iltizam yang kami pegang untuk merialisasikan Persatuan Penternak kambing Malaysia (PPKM). Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan aspirasi semua penternak kambing Malaysia. Kini, jawatankuasa penaja telah dibentuk (sila rujuk), dan PPKM akan bergerak terus mematahkan segala halangan.

Saya berharap saudara semua optimis dengan gagasan ini. Kini, kami telah menerima hampir 1000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Suara kita kuat, dengan ahli yang seramai ini. Pasti!!

Dialog suci seorang sahabat kepada saya tiga bulan lalu:-
"Oiiitt bro, orang tanam lengkuas pun ada persatuan kebangsaan tau...! apasal orang ternak kambing, persatuan kecik-kecik. Tuuu... Dasar Kambing Negara sapa nak junjung!!!"

Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.

Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM

Wawasan yang sama.
Jawatankuasa Penaja.

"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."


Khamis, 9 April 2009

Nak Sembelih Kambing Boer? Saya Boleh Tolong.

Berapa ramai yang pernah makan daging kambing boer? Berapa ramai mereka yang terlibat dalam bidang ini pernah merasai keenakan daging kambing boer? Saya percaya, tidak ramai. Ini kerana harga pasaran di pasar adalah sekitar RM38-RM45/kg. Percaya? Jika tidak, cuba tinjau di Pasar Pagi Kelana Jaya setiap Sabtu, Pasar Pagi Stadium Shah Alam setiap Ahad. Malah di Kuala Terengganu, harganya turut sama. Malah di pasaraya yang menjualnya.

Berapakah harga sekilo daging rusa? Jawapan soalan ini saya tinggalkan untuk saudara.

Jadi, Berapa RM harga seekor boer untuk sembelihan? Sedangkan harga boer untuk peliharaan antara RM700-RM4000! Malah anak yang berumur 4-6 bulan untuk baka tidak jatuh daripada RM650.

Betul? Jika informasi saya silap, betulkan saya.

Oleh itu, maka wujudlah penawaran boer untuk sembelihan. Ini kerana, mungkin kita tidak tergamak memakan boer yang berharga RM4000 selepas ia disembelih atas apa sebab pun. Namun, harganya tetap premium. Sementelah dagingnya kelas 1 di dunia disebabkan khasiatnya.

Inilah sebahagian kambing boer sembelihan yang dibawa masuk dari Aussie. Gemuk. Sehat. Berdaging.
Oleh itu, kami memberi pilihan kepada anda untuk membelinya secara timbang hidup RM16/kg
atau
secara pukal RM500/ekor
dengan pembelian minimum 10 ekor
dengan berat antara 35kg-45kg seekor.

Namun begitu, untuk dapatkan harga yang menarik, tertarik & "daboom", sila hubungi saya sekarang. Berdiskusi memberi nilai sensasi pada poket anda. Hahahaha... Boleh nego lagi tu.

***********

Demi masa depan, saya bersama sahabat-sahabat sejati dengan "semangat yang jitu & dompet yang sayu". Mempertaruhkan semangat keusahawanan membawa masuk 2 crake boer sembelihan dan 3 crake kambing untuk baka beberapa minggu lepas.

Ini adalah usahasama kami, demi untuk bersama-sama memeriahkan industri penternakan kambing di Malaya. Percayalah. Kami hanya mengambil masa 4 minggu sahaja untuk menjayakan proses membawa masuk stok 5 crake ini termasuk kambing susu. Jika sistem kerja yang kami amalkan ini memudahkan semua jaringan kami. Kenapa bukan anda salah seorang daripadanya?

Hubungi saya 012 2969763 sekarang!

Rabu, 1 April 2009

Kursus Perniagaan Daging Komersial

Salam Usahawan Kambing.

Semoga bersemangat waja sentiasa. Tentunya dalam berjuang menghadapi "Cabaran Perkambingan". Inilah pengorbanan yang harus ditempuhi peminat kambing tegar seperti anda, anda dan saya. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat untuk bergelumang dalam dunia perkambingan ini sehingga 1000 tahun lagi, haruslah berstrategi dan membentuk jaringan perniagaan.

Oleh itu, salah satu cara untuk kita perkenalkan daging kambing dalam pasaran, adalah dengan membuka kedai menjual daging. Samaada dengan permis tetap, gerai di pasar malam atau pasar pagi. Daging kambing segar dari kandang akan terus digulai manis di dalam periuk didapur. Dan dihidang lazat untuk disantap.

Jadi, ilmunya perlu ditimba. Di sini rakan baik saya, Nordin Mat dari Perfect Fresh & Frozen menganjurkan:

“KURSUS MEMULAKAN PERNIAGAAN
KEDAI DAGING SECARA KOMERSIAL”

Bagi kursus yang akan datang, akan diadakan seperti berikut :-
· 18/4/2009 – 24/4/2009
· 16/5/2009 – 22/5/2009


Namun kursus ini akan dan telah berlangsung setiap bulan sejak Disember 2008 lalu. Ini kerana modul kursus ini telah direka khas sebagai asas dan pendedahan kepada semua usahawan yang berminat mencuburi perniagaan kedai daging di Malaysia yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk diterokai.

Saudara yang berminat dan dahagakan ilmu atau yang ingin mengembangkan lagi perusahaan ternakan kambing & bebiri, silalah hubungi pihak Perfect Fresh & Frozen:

Pejabat urusan: 03-8737 2477
Nordin: 012-379 1239
Irwan: 012-242 4953

Maklumat lanjut boleh saudara dapatkan dengan menghubungi no. telefon di atas.

*************************************
Pesanan ringkas pihak penaja HANYA untuk Nordin Mat:

"Bro, jangan lupa order daging kambing boer gue, stok available bro. Setiap bulan gue bawak masuk dari Ausie! Hahaha. Harga? kita buleh cerita la. Bukan hang tak biasa dengan gue. Buleh kasi murah la, janji buleh buat bisness dengan hang. Tak caya? Jom tengok stok gue... Hahaha"

Selasa, 31 Mac 2009

Sup Kambing Boer Kinrara

Hidangan Istimewa
Sup Kambing Boer!!
BBQ akan datang, tunggu....



Satu-satunya tempat yang saya tahu menyediakan "Sup Kambing Boer" & "BBQ Kambing Boer". Sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan peminat tegar kambing berjamu selera sup istimewa ini.

Setiap kali berjumpa, pelbagai topik kambing yang kami perbincangankan. Ada yang serius dan ada yang kelakar. Namun yang pasti, sup Kambing Boer tetap menjadi santapan utama kami. Kadang-kadang bualan kami sehingga 4.00 pagi.

Sejak diperkenalkan sebulan lalu, restoran ini semakin mendapat perhatian pelanggan. Sementelah terdapatnya sup yang unik ini. Yang merupakan hidangan wajib pelanggan di sini. Bersandarkan dengan rasa dan harga yang berpatutan. Tidak mustahil menjadi bualan peminat tegar kambing kini. Hahaha.

Untuk kunjungan dan menikmati:

No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara,
47100 Puchong Selangor.
Tel : 60380757920 Faks: 60380757920
Email: dgardencafe@yahoo.com
Website: http://www.dgardencafe.com/
Peta lokasi: KLIK
Hubungi : Iskandar - 0133536740

Jumaat, 27 Mac 2009

Rawatan Kecacingan & Bebelan.

Salam, hanya sekadar berkongsi sedikit cerita tentang merawat kecacingan kambing.

Walaupun saya memang tahu, semua penternak di Malaya adalah "Dr. Veterinar" tanpa tauliah & kuliah. Hahaha. Kadang-kadang cerita dan praktikalnya lebih hebat dari Dr Veterinar yang baru bertauliah Doktor. Tak percaya? Tanyalah Dr. Dodon. Hahaha. Itulah realiti di Malaya.

Mengapa kecacingan menjadi topik saya? Saya yakin. Pencegahan & rawatan kecacingan adalah antara faktor utama untuk menjadikan kita sayang pada kambing kita. Sebab kita sudah laburkan berpuluh ribu hanya untuk dapatkan kambing yang cantik dari kandang orang lain atau dari Aussie. Tapi selepas sebulan di kandang kita. Bulu kambing mula meremang! Nak belai-belai kambing pun, mula bulu roma kita yang meremang pulak. Kambing dah tak cantik.

OK. Terbaik kita gunakan Ivermactin atau Doramactin. Dengan jenama yang paling popular Ivocip atau Dectomac (jika silap tolong betulkan saya). Atau kerap di panggil ubat 3 serangkai. Iaitu untuk cacing, kutu & kurap. Gunakan ikut sukatan yang ditulis pada label. Berapa ml nisbah berat badan kambing (anggaran). INGAT!! Suntik di bawah kulit. Kesannya dapat dilihat paling awal seminggu. Jika tiada perubahan, ulangi semula. Mengikut arahan di label. Kalau tak paham. Tanya Dr. Azam Glovet atau Dr. Muru UPM, atau Dr. Azhar Perfect Fresh atau JPV terdekat. Hahaha. Malu bertanya kalu.... kambing mati, kancing gigi! Kejang sebab keracunan. Sebelum mati kejang, ubat terbaik parang! Hehehe.

Namun, bak kata Dr. Abas Mardi, "segalanya bermula daripada pencegahan awal". Cacing masuk perut, sebab makan tangan tak basuh! Itu kamu. Lubang bontot gatal! Hahaha. Kambing kecacingan, sebab minum air kotor bercampur tahi, apalah mahal sangat kalau guna niple drinker. Seterusnya, makan rumput basah sebab telur cacing membiak dalam air tu. Lagi satu, takung makanan kotor, berkarat tahi lumut tak pernah basuh.

"Tuan kambing hampeh! pemalas! pengotor! dah la makan aku ko catu, rumput secekak, dedak segengam. Kedekut!! Taik hidung masin!!!" Maki kambing. Kalau kamu faham bahasa kambing la.

Ingat! Kambing adalah haiwan yang pembersih. Jika diluar kandang, ia makan pucuk, bukan makan meragut. Jika kamu perhati dengan mata hati....

Khamis, 19 Mac 2009

Mengesan Kecacingan Serius Pada Kambing

Hari ini saya ingi kongsikan sedikit tip-tip yang mudah untuk memastikan kambing sentiasa sihat. Rasulullah pernah bersabda bahawa perut adalah sarang segala penyakit. Ini ringkasnya, menunjukkan bahawa apa yang dimakan perlu diambil kira. Supaya makanan yang masuk ke dalam perut tidak menjejaskan kesihatan.

Begitu juga dengan ternakan kita. Kita perlu memastikan apa yang masuk ke dalamnya tidak mendatangkan penyakit. Seringkali, penyakit kambing berpunca daripada beban cacing yang banyak didalam perutnya. Ini menyebabkan kambing kekurangan darah. Seterusnya membawa kepada kematian jika tidak dicegah dan dirawat.

Tanda kecacingan yang paling mudah untuk kita kesan, adalah seperti gambar di bawah. Bulu meremang, bawah dagu membengkak, kambing lesu dan tidak aktif.
Namun begitu, untuk mengesahkan lagi bahawa kambing kesayangan tuan kecacingan pada tahap yang serius, cuba lihat disebalik kelopak mata. Kebiasaannya, pucat dan tiada warna merah yang menunjukkan darah mengalir dibawahnya. Contoh seperti gambar dibawah.

Oleh itu, langkah rawatan perlu diambil dengan segera supaya ia tidak menjangkiti kambing lain. Jangkitan boleh berlaku daripada najis kambing tersebut.

Rawatan yang sewajarnya saya akan bincangkan di entry yang akan datang, terima kasih.

Khamis, 26 Februari 2009

Warga Baru Peranakan tempatan

Demi membantu penternak kecil yang memerlukan pasaran kambing boer secara kecil-kecilan, Casserose dengan ini telah menjalinkan hubungan dengan Bina Ternak Agro Farm (BTAF).

Casserose dengan berbesar hati membeli kambing boer betina yang dibekalkan oleh BTAF. Kambing yang dibekalkan merupakan peranakan tempatan. Dari segi kualitinya, jauh tak ubah seperti kambing yang dibawa masuk dari Australia. Namun, kelebihannya adalah kerana peranakan tempatan lebih tahan daripada penyakit dan peratusan kebarangkalian untuk hidup lebih tinggi. iaitu hampir 70% berbanding kambing import iaitu 40%.

Berbanding dengan harga yang dibeli dari Australia, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Kami menghargai jasa BTAF. Terima kasih.

Sejak penubuhan Casserose, memang menjadi niat kami untuk membantu penternak-penternak tempatan dalam pemasaran kambing. Ini kerana, jaringan antara penternak tempatan adalah lebih penting dan besar faedahnya kepada industri kambing kita.

Oleh itu, tidak perlu lagi untuk kita bergantung bekalan daripada Australia, sedangkan penternak sana kadang-kadang tidak jujur dalam membekalkan baka. Lain yang diminta, lain yang sampai.

Siapa lagi yang ingin membantu penternak bumiputera, jika bukan sesama kita! Casserose komited dengan cara ini.

Jumaat, 6 Februari 2009

Terkini Di Casserose

Casserose merupakan syarikat yang telah lama mengorak langkah dalam menjayakan penternakan kambing boer yang berjenama Casserose secara komersial. Sasaran untuk mengkomersialkan Kambing Boer Casserose, adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam RMK-9 yang ingin menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu enjin ekonomi negara yang utama.

Membuktikan tujuan tersebut, Casserose telah melakukan pelaburan yang besar dalam industri ini. Di dalam negara, Casserose mempunyai kompleks penternakan Kambing Boer Casserose di Segamat, Johor yang boleh menempatkan 3000 ekor kambing boer pada tahun ini. Namun begitu sasaran syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang paling utama dalam membekal baka boer tempatan. Oleh itu, sasarannya kepada 5000 ekor menjelang 2010.

Dalam masa yang sama, kami juga mempunyai sebuah lagi ladang di Pontian, Johor. Ladang ini boleh menempatkan lebih daripada 800 ekor ternakan kambing yang berpotensi untuk dijadikan pusat pemasaran kambing setempat di bahagian selatan tanahair. Dalam masa yang sama berpotensi dijadikan pusat sembelihan kambing setempat untuk bekalan daging kambing segar.

Bukan itu sahaja, Casserose juga telah melakukan pelaburan secara sistematik dan agresif dengan membeli sebuah Ladang Ternakan Kambing Boer di Perth, Australia yang berkeluasan hampir 2000 hektar. Ladang tersebut telah beroperasi sejak November 2008 dan kini telah terdapat lebih 1000 ekor kambing boer yang berkualiti tinggi untuk program pembiakan secara sistematik dan berteknologi. Ladang ini merupakan pembekal utama kami untuk baka Kambing Boer Casserose berkualiti dalam negara.

Jumaat, 9 Januari 2009

PENGUMUMAN..







MAAF, BLOG INI AKAN DI KEMASKINI SEHINGGA TARIKH YANG SESUAI.

-SAYA KINI BERCUTI SABATIKAL-







Khamis, 4 Disember 2008

Manakah Yang Terbaik?

Kami jual Feral jantan untuk sembelihan MURAH!
Hanya RM430 minimum 10 ekor

Sistem ekstensif
  • Haiwan dibiarkan berkeliaran mencari makanan
  • Tidak punyai tempat perlindungan yang tetap daripada cuaca
  • Kos pengeluaran rendah
  • Risiko yang tinggi untuk kemalangan & kematian
  • Menimbulkan "masalah sosial" dikalangan keluaraga kambing.

Sistem separa-intensif

  • Selepas bercerai susu, ternakan dilepaskan keluar pada siang hari untuk meragut dan balik ke kandang pada waktu petang.
  • Makanan tambahan boleh diberi di dalam kandang
  • Pagar diperlukan untuk kawasan ragutan kambing
  • Kos lebih rendah dan praktikal daripada cara intensif
  • Boleh diamalkan di kawasan pastura terbuka atau integrasi
  • Kawalan bebanan cacing perlu dilakukan setiap bulan

Sistem intensif

  • Ternakan tidak dilepaskan dan sentiasa berada di dalam kandang
  • Rumput dipotong dan makanan tambahan diberi di dalam kandang
  • Pembinaan kandang memerlukan kos yang tinggi
  • Pengawasan yang baik perlu untuk memastikan ternakan mendapat makanan yang sama rata, tidak bergaduh & tiada jangkitan penyakit

Pilihan ditangan kita, tidak perlu mengikut orang lain. Tapi belajar dari orang lain juga. Bergantung kepada kesesuaian tempat, jumlah kambing, jenis kambing, jumlah pekerja & wang. Ketiga-tiga sistem di atas terdapat pro & kontra. Pilihlah yang terbaik pada sistem ternakan yang saudara jalankan. Sebab pasti setiap kandang yang kita lawati, terdapat perbezaan antara satu dengan yang lain. Ambil yang terbaik untuk kita.


Kami jual Feral jantan untuk sembelihan MURAH!
Hanya RM430 minimum 10 ekor

Isnin, 1 Disember 2008

Kambing Murah

Tawaran Termurah

ExKLIA:
Boer RM850 berat 30-40kg
Feral RM430 berat 35-45kg

Kambing boer untuk breeding.
Kambing feral untuk korban, aqiqah & sembelihan.

Minimum order 10 ekor.

*****

Jika pembelian di kandang. Harga minimum yang kami tawarkan:-

Boer RM900/ekor untuk breeding
Feral RM460/ekor untuk sembelihan

Khamis, 13 November 2008

Saya Fikir, Semua Harus Tahu

Saya fikir, semua orang tahu.

Kementerian Pertanian & Asas Tani mensasarkan 35% kadar sara diri (self sufficiency levels) untuk daging kambing sehingga tahun 2015. Kini, kadar sara diri untuk daging kambing hanya 8.99% mengikut statistik pada 2006.

Oleh itu, dianggarkan bahawa 120,000 baka betina dan minimum 1 juta kambing (samaada hidup atau daging) setahun harus ada untuk pasaran Malaysia. Sehingga 2015.

Saya fikir, orang patut tahu.

Jadi, kami di Casserose bekerja, berfokuskan matlamat ini. Potensinya di situ. Dan. Kami berharap semua penternak melihat situasi ini sebagai suatu yang positif untuk kejayaan dalam industri ini.

Dengan ini, tindakannya harus dilakukan dari sekarang. Untuk rakan penternak semua, boleh mendapatkan kambing daripada kami. Baka boer & feral akan dibawa masuk lagi di KLIA:

  • 14 Nov 2008 - 180 ekor boer induk

  • 21 Nov 2008 - 80 ekor boer induk, 70 ekor feral jantan

  • 28 Nov 2008 - 70 ekor boer induk, 70 ekor feral jantan

Boer induk ini akan kami tempatkan di Pontian & Segamat, Johor. Ini kerana, sasaran kami untuk menempatkan 6 ribu ekor induk & pejantan boer dalam Ladang Ternak Casserose Malaysia. Feral jantan, adalah untuk pasaran daging dan sembelihan sahaja.

Dengan jumlah yang ternakan yang tinggi, diharap harga kambing akan dapat diseimbangkan dan diselaraskan pada harga kompetitif (harga patut).

Jadi, untuk mendapatkan kambing baka atau kambing sembelihan dengan harga kompetitif, sila hubungi saya: Rie 012 2969763. Harga murah kami tawarkan!!

Jumaat, 7 November 2008

JUALAN BOER DI KLIA

Kami akan membawa masuk boer dari Australia. Pada 14 Nov ini, 180 ekor boer akan tiba di KLIA. Semua boer ini adalah induk yang mana sesuai untuk dijadikan baka. Oleh itu, sesiapa yang berminat, boleh menempahnya dan membeli dengan kami di KLIA dengan harga yang rendah. Pengangkutan tidak disediakan.

Nota penting.

Baka: Boer
Jumlah: 180 ekor
Tarikh: 14 Nov 2008
Tiba: KLIA



Hubungi saya jika berminat untuk maklumat lanjut & berurusniaga (Rie: 019-2672529). Terima kasih.