Selasa, 1 November 2011

Biri-Biri 2.0


MADRID - Kira-kira 5,000 ekor biri-biri dan 60 lembu berarak di bandar raya ini di Sepanyol kelmarin yang dikendalikan oleh sekumpulan penggembala.

Menurut Presiden satu majlis penggembala, Jesis Garzon, perarakkan itu bertujuan bagi melaksanakan hak untuk menggunakan laluan semasa penghijrahan haiwan tersebut dari kawasan tempat tinggi ke kawasan padang rumput.

Perarakan itu juga dilakukan dengan mengikut tradisi lama apabila seorang ketua penggembala membayar sejumlah duit siling yang digunakan pada abad ke-11 untuk menggunakan laluan di bandar raya ini. - AP


Link: KOSMO

5 ulasan:

UMMBARAQAH berkata...

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Adakah aktiviti mengimport kambing dari australia dan indonesia dihentikan? Kenapa kambing mahal sangat dipasaran

Rie berkata...

waalaikumsalam,

import kambing dari luar di hadkan. sbb nak tngkatkan pasaran dalam negara.. lagipun kambing dari luar dah mahal sbb currency da mahal. duit aud tinggi, rm makin murah.. kambing dari indonesia kurang sambutan sbb fizikal kambing tersebut & masalah2 kuarantin. kambing tak mahal, tapi nilai rm yang makin murah.

harga kambing tetap 1 dinar emas spt nilai pada zaman rasullullah.

cuba saudara selidik, malahan kadang2 penternak jual lebih murah dari 1 dinar...

Rie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
UMMBARAQAH berkata...

Jadi betullah Ringgit Malaysia makin rendah nilainya ya. Atau Ekonomi Australia makin elok. Hmm.

Encik masih giat ternak kambing sendiri dan tidak bergantung dengan kambing import?

Rie berkata...

memang RM jatuh..

saya masih ternak sendiri, lebih baik beli yang tempatan, beli australia xberbaloi..