Khamis, 28 April 2011

Pembentangan Hasil Berkursus Di Jepun

Pada 25hb April yang lepas Rozali telah dijemput untuk membentangkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ketika berkursus di Jepun dalam bidang penternakan selama setahun. Kursusnya telah berlangsung pada 2010 di Chiba, Jepun.
Mesyuarat ini melibatkan semua pengarah, pegawai atau wakil-wakilnya yang terlibat dengan agensi pertanian dan penternakan Daerah Maran, Pahang. Termasuk juga wakil Parlimen Maran dan pegawai Agrobank.
Wakil Parlimen Maran, ada memberikan beberapa cadangan untuk memajukan industri ternakan kami dengan beberapa insentif yang ditawarkan. InsyaAllah jika rezeki kami semua peluang ini akan kami perolehi.
Rozali menyerahkan hasil kajian kumpulan 7 orang pelajar seluruh Malaysia yang terpilih menyertai program kursus pertanian dan penternakan di Jepun anjuran MOA dan JICA. Rombongan ini diketuai oleh Rozali sendiri. Kertas kerja hasil kajian ini akan dibentangkan oleh pegawai pertanian dalam menyarat akan datang untuk dibincangkan bagi memajukan industri pertanian dan penternakan Maran.
Sedikit cenderahati diserahkan oleh Pengarah Pertanian Maran kepada Rozali sebagai penghargaan atas pembentangan beliau.

Tiada ulasan: