Kenapa menternak kambing?
Soalan ini sering kali ditanya kepada kami. Terutamanya adik saya ini, Ali. Dialah yang beria-ia untuk menternak kambing. Saya yang menyokongnya 120% kira-kira 9 bulan yang lalu. Walaupun Ayah Ngah yang mencetuskan idea pada keluarga 3 bulan sebelum itu.
Pada peringkat awal, agak susah untuk meyakinkan keluarga tentang rancangan kami ini. Terutama memandangkan saya bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Namun ini tidak menjadi halangan, kerana Ali tinggal di kampung. Kami memang sering berhubungan.
Kami masih muda, umur saya 29 tahun dan Ali baru 25 tahun. Semangat, tawakkal dan sokongan keluarga yang menjayakan rancangan ini hingga ke hari ini.
Saya mencari maklumat, membuat marketing, mencari contoh kertas kerja dan semua yang berkaitan dengan pengurusan. Ali mengendalikan pembinaan kandang, pencarian baka, dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penternakan secara praktikal di lapangan.
Perkara yang paling penting.
Kami sekeluarga harus sedar, usaha ini akan berjaya hanya dengan suatu pengorbanan. Ya, hanya dengan satu pengorbanan. Dan..... Ali telah mengorbankan ijazahnya! Walaupun mempunyai pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari UiTM dan mempunyai Sijil Keselamatan Industri dari NIOSH, dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dia sanggup bersinsing lengan berpeluh menjayakan penternakan kambing ini. Kerana dia percaya. Kerana kami percaya. Penternakan kambing mempunyai prospek yang besar di masa hadapan.
"Belajarlah tinggi-tinggi sebelum bekerja. Ilmu tu samaada kita guna, atau kita framekan di dinding, bukan soalnya. Yang penting. Gunalah ilmu yang dapat dari universiti tu untuk buat kerja yang kita suka." Pesan Mak.
.
.
Dan. Saya tinggalkan soalan di atas itu untuk kamu.
3 ulasan:
Tahniah..Encik sudah berjaya jd usahawan kambing. sekrg ni sy tgh usaha keras bantu ayah sy nak buat RP ..adoii mmg sakit...ayah sy sgt2 berminat nak jd usahawan kambing seperti encik ini...semoga kami berjaya..Aminnn..
Tahniah..Encik sudah berjaya jd usahawan kambing. sekrg ni sy tgh usaha keras bantu ayah sy nak buat RP ..adoii mmg sakit...ayah sy sgt2 berminat nak jd usahawan kambing seperti encik ini...semoga kami berjaya..Aminnn..
anony...
semoga berjaya juga. amin.
Catat Ulasan