Rabu, 31 Januari 2007

Buku Panduan Pengeluaran Kambing KaPrima

Buku ini boleh dimiliki secara percuma daripada Jabatan Haiwan. Saya telah berkesempatan mendapatkan buku ini daripada Wisma Tani Putrajaya.

Saya kira, buku ini sangat berguna untuk penternak dan bakal penternak kambing. Buku ini adalah yang paling lengkap tentang penternakan kambing di pasaran Malaysia. Mempunyai lebih 60 m/s dan antara perkara yang menjadi isi kandungannya ialah:

  1. pengenalan kepada sistem pengeluaran kaprima

  2. arah aliran permintaan daging kambing

  3. sistem pengeluaran kaprima

  4. pemasaran hasil ladang

  5. pengurusan pemakanan kaprima

  6. amalan penternakan yang baik (GAHP)

  7. kawalan & pencegahan penyakit

  8. perkhidmatan sokongan veterinar

  9. senarai semak projek

  10. ekonomi pengeluaran & dayamaju

  11. pengeluaran baja organik

  12. lampiran 1: contoh rekod

  13. lampiran 2: pelan kandang

  14. lampiran 3: alamat projek KTS


Untuk pertanyaan dan langganan buku ini sila hubungi:
UNIT PEDAGING,
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN INDUSTRI,
IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN,
WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1 & 4G2, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA
62630 PUTRAJAYA.

TEL: 03-88702000

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

encik esis,

saya stephan berasal dari sabah. saya nak tanya adakah sesuai jika kambing diternak dalam cuaca yang sejuk dan lembab sepanjang tahun. (cth kawasan lembah dan kaki gunung)

boleh awak kirimkan buku panduan pengeluaran kambing kaprima tq.

Don Jenal berkata...

Projek Kambing Muda.

Projek Kambing Muda