Rabu, 19 Oktober 2011

Harga Daging Kambing Tempatan Terkini 19 Okt 2011


GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.

Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.

KOSMO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahal harga kambing tempatan.....adakah ini merupakan salah satu fator penternak kambing tempatan bungkus sebab kurang pelanggan.

Tanpa Nama berkata...

bukan faktor ni... tp byk faktor lain


-esis