Isnin, 29 Oktober 2007

Casserose Membantu Penternak

Kos makanan yang meningkat menyebabkan kos operasi penternak juga meningkat. Situasi ini lebih menekan jika penternak terpaksa memelihara kambing yang tidak produktif. Terutamanya kambing jantan yang tidak mempunyai ciri-ciri penjantan unggul sebagai baka. Sedangkan kos memeliharanya lebih tinggi daripada kambing betina yang lain.

Katakanlah kos makanan:
1 ekor jantan ( 1 hari) = 0.50sen
Jika 0.50sen X 30 hari = RM15

Jika anda mempunyai 10 ekor jantan yang bukan unggul. Dan anda terpaksa memeliharanya selama 8 bulan (kos makanan RM1200) atau 1 tahun (kos makanan RM1800) untuk di jadikan Aqiqah atau Korban. Namun anda harus ingat, ini tidak termasuk dengan kos operasi yang lain iaitu ubatan, vaksin, mineral dan sebagainya.

Maka kos yang terpaksa anda tanggung adalah sangat tinggi. Malah, kadang-kadang tidak menguntungkan. Untuk pengiraan kos sila klik SINI. Oleh itu, adalah lebih efisyen dan bijak jika saudara jual ketika kambing ini berumur antara 3 hingga 6 bulan.

Jadi, di mana anda akan pasarkan kambing-kambing ini?

Casserose Jawapannya. Ya. Pasarannya adalah kepada kami. Kepada casserose. Kami menjadi pasaran utama kambing boer anda. Kami mengalu-alukan penjualan kambing boer sahaja kepada kami. Kami membeli seberapa banyak kambing boer yang saudara ingin jual(jantan dan betina). Sungguh! Harga boleh dirunding.

Ini kerana, kerapkali masalah pasaran membelenggu penternak-penternak kita. Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu rakan-rakan sekalian. Sila hubungi saya, Rie 012-2969763 atau rie@casserose.com.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah syabas esis tak kan boer saja apasalahnya kacukan boerjamnapari jadi penternak tu bolihlah bernafas sikit satu saranan yg baik jual umur 3 - 6 bulan, kos tak meningkat kalau kita dapat kerjasama begini dari penternak yg besar dan sudi membantu kami yg kecil ni saya percaya ternak kambing di Malaysia ni ada masa hadapan yg cerah, Esis cubaxlah urakan tentang kenaikan harga pellet ke pak menteri ti jangan asyik duduk dlm bilik aircon saja mana nak tau cerita penternak.

FAN Agri berkata...

Esis,
Tawaran yang menarik...
Anyway, saya cuma nak tegur yang mungkin angka esis tulis tu terlebih 0 (RM120 - RM180) dan bukan (RM1200 - RM1800)...hehe terkejut jugak...

T kasih

Rie berkata...

fan agri,

Terima kasih kerana menegur...

TETAPI cuba tuan kira semula kiraan tuan. mungkin terkurang satu 0.

Contoh:

RM0.50 x 10ekor x 30hari x 8bulan = RM1200

RM0.50 x 10ekor x 30hari x 12bulan = RM1800

Tanpa Nama berkata...

tahniah tuan kerana tidak memberi persepsi yang boleh mislead peminat peminat tuan dan casserose...bidang pertanian dan penternakan bukan lah suatu bidang yang memberi pulangan sekelip mata..ianya memberi pulangan modal pada kadar 18 bulan paling awal..oleh itu bidang ini memerlukan pengusaha yang benar benar berminat serta mempunyai passion sesama speciesnya sendiri dan juga haiwan...

FAN Agri berkata...

Esis,
Maaf saya tak perasan pasal 10 ekor tuh...saya kira yg sekor je...sorry no offend...

Rie berkata...

Fan Agri,

Tak pe, biasalah tu.. kita sama-sama belajar.

Yang mana untuk kebaikan semua kita kongsikan.
Yang mana ada kekurangan kita betulkan.
Yang mana ada kesilapan kita sama-sama tegurkan.

Komen untuk kebaikan. memang dialu-alukan. Kalau ada cadangan kita pertimbangkan.

Sokonglah kami untuk penternak kambing semua...

Terima kasih.