Selasa, 19 Jun 2007

Daya Tahan Boer

Kadang-kadang menjadi kebiasaan saya untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru penternak kambing. Seakan ada keserasian apabila membincangkan topik ini. Pantas mesra. Seperti telah lama saling mengenali.

Antara topik yang menarik hati saya adalah tentang "kemanjaan" kambing boer dibandingkan dengan baka lain untuk diternak di Malaysia. Memandangkan kambing ini datangnya dari Australia.

Pendapat saya, kambing boer memang jinak dan manja. Tetapi, bukan "manja" seperti yang disangkakan. Maksudnya di sini, kambing boer adalah seperti yang ditulis dalam bunting di atas.


Daya Tahan:
Sangat tahan lasak berbanding dengan baka-baka lain. Tinggi daya tahan penyakit dan dapat menyesuaikan diri dengan baik pada alam sekitar.
*Info ini saya capture di Karnival Haiwan baru-baru ini. Bunting ini dikeluarkan oleh Jabatan Haiwan.


Oleh itu, tiada sebab kambing dari Australia tidak boleh diternak dengan jayanya di sini. Ternyata kambing ini tidak "manja" seperti yang disangkakan. Sedangkan kita memang sedia maklum bahawa kambing boer itu sendiri asalnya dari Afrika. Begitu juga dengan feral. Kambing-kambing ini dengan biaknya boleh sesuaikan diri dengan iklim Australia. Jadi tiada alasan untuk meragui daya tahan kambing boer diternak di sini.

Kambing Kalahari juga membiak dengan baik di Australia, sedangkan asalnya dari Gurun Kalahari, Afrika!

Kesimpulannya, teknik penternakan bagaimanakah saudara praktiskan, menyebabkan kambing boer ini "manja" di kandang saudara? Sedangkan, tahan lasak di kandang yang lain......

1 ulasan:

mybob berkata...

yer sepatutnya memang sesuai untuk orang kita..boer itu sendiri bermaksud petani dalam bahasa belanda(dutch)...hehehe

aku setuju benda nie tapi ialah orang kita masih terkenal dengan sikap lepas tangan..walau pun sepatutnya ada praktis2 yang tertentu kena dilakukan dengan cara yang betul...tetapi penternak kita develop shorcut baru..hehehe bila tak leh nak kawal problem..baru nak panggil vet datang..

lepas tu kata susah nak ternak boer...alahai penternak kita...hehehe