





Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!
Saanen jantan ini bakal menjadi baka. Dalam usia 2 tahun lebih telah menunjukkan ciri-ciri pejantan yang baik.
Ibu dan dara saanen yang makan 24 jam sehari. Ini adalah penting untuk memastikan tumbesarannya tidak terbantut
Haji Zul (tuan punya kandang) berbincang tentang formula makanan terbaik untuk kambing susu dengan Jali. Buat pengetahuan, Rozali baru balik dari Jepun (2 minggu sebelum tsunami), dia telah menghabiskan masa selama setahun kursus dalam industri tenusu di sana. Pembelajarannya di Jepun pada 2010, ditaja penuh oleh MOA dan JICA. Kini, kandang kami di Maran, Pahang telah berubah struktur dan infratruktur untuk menyesuaikan ternakan kambing susu. Kini hasilnya telah mula menampakkan perubahan. InyaAllah dalam masa terdekat, produk hasil tenusu berada dalam pasaran sekitar Maran.
Ayah saya, merupakan penyokong kuat kami untuk teruskan perjuangan dalam industri ini. Kini kami mula mendapatkan apa yang kami usahakan. 
Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar sebotol (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!
Gambar adalah sebahagian bebiri kami yang meragut di waktu petang. Ini adalah rutin harian biasa bagi bebiri ini selain sebelah pagi dan malam makan diatas kandang.
Ini adalah bebiri yang telah kami sembelih untuk urusan aqiqah pada 19hb Mac yang lalu.. Alhamdulillah... Jika berminat untuk membeli atau menempah sila hubungi kami.

Salam, Ini adalah artikel yang mengetengahkan tentang khasiat susu kambing. Ia adalah dari majalah Anis, keluaran April 2011. Saya kongsikan di sini. KLIK artikel di atas untuk dapatkan paparan yang jelas untuk dibaca.Promosi: Jualan susu kambing (saanen) segar sebotol (250ml). AGEN DIPERLUKAN dengan harga istimewa!


Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas". Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Sebenarnya yang "panas" adalah kertas bewarna yang perlu dikeluarkan dari poket! Manakan tidak! harga pasaran susu kambing 250ml harganya mencecah RM10/botol. Malah, akibat terdesak, ada yang sanggup membeli RM60.00/botol 500ml! Ini kerana, kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Dan. Faktor lain yang menyebabkan ia agak mahal kerana, ia merupakan minuman yang berasaskan perubatan. Bukan sekadar untuk kalsium atau tenaga. Malah, ia diakui mengandungi gizi yang lengkap dan baik untuk perubatan homopati & kesihatan. Inilah nilai perubatan yang saya maksudkan. Yang mana kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-
Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.
Susu kambing merupakan susu yang membawa tindak balas alkali. Iaitu sama dengan susu ibu. Sedangkan susu lembu membawa tindak balas asid.
Oleh itu susu kambing, memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut. Ia bertindak balas dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak. Selain sunnah, khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, yang menyebabkan saya begitu teruja untuk berkongsi informasi. Disamping mempopularkan susu kambpng dalam minuman kita.
MEMPUNYAI PERISA ASLI, COKLAT & STRAWBERRY
Jualan susu kambing segar sebotol Pembelian minimum 10 botol. AGEN DIPERLUKAN (harga tidak termasuk kos penghantaran) Hubungi: 012-2969763 (rie)
SUSU KAMBING SERBUK, PRODUK TEMPATAN
Jualan susu kambing serbuk yang lebih ekonomi RM36.00 (Semenanjung) RM41.00 (Sabah & Sarawak) AGEN DIPERLUKAN (harga tidak termasuk kos penghantaran) Hubungi: 012-2969763 (rie)

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.
4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.
5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.
6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
RIE KAMBING MALAYA 012-2969763
Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan "Jaringan Kambing Malaya".
Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Di bawah ini adalah ringkasan petikan, olahan & gubahan saya semula ke dalam Bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Ini merupakan inisiatif saya, yang mana difikirkan penting untuk dikongsikan. Namun, untuk membaca artikel asal, sila layari SINI yang bertajuk, "Susu Kambing, Sunnah Rasulullah Yang Telah Dilupakan". Ditulis oleh Muslimah, 31 Oktober 2007.
Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.
Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM
Wawasan yang sama.
Jawatankuasa Penaja.
"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."