Kos membuat kandang tinggi? Tetapi, jangan cari jalan mudah untuk menternak kambing di tempat harta awam. Seperti keratan akhbar di atas. Nanti disumpah seranah dek orang ramai. Hidup tak berkat. Rezeki jauhkan diri. Ini kerana, penyelesaiannya ada.Namun, ringankanlah mulut untuk bertanya. Ringankanlah kaki untuk melangkat ke kandang terdekat. Atau ringan-ringankanlah jari untuk dail 019-2672529. Saya akan menjawab di hujung talian.
Konsaltansi percuma untuk mengurangkan kos pembinaan kandang. Dan. Perkhidmatan berbayar untuk membina, ubahsuai atau menambah kandang. Jangan bimbang. Juga dengan harga yang rendah.
Hati anda. Tangan anda. Poket anda. Duit anda. Andalah yang menentukannya!




Adalah tidak mustahil untuk menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan. Saya cukup yakin bahawa MAHA2008 akan menjadi platform untuk penternak menjual anak kambing sebagai pet. Saya dapat membayangkan kemeriahannya. Hahaha
Saya telah membuat taklimat serba sedikit tentang penternakan kambing boer oleh Casserose. Serta cara casserose beroperasi. Harap dengan ini menarik minat mereka untuk serius melabur.



