Jumaat, 25 Januari 2008

Sharlinie: Detik Ini Pasti Berakhir

"Nashar, banyak betul anak kamu makan kari kambing ni". Tegur Zali separa berbisik. Nashar cuma tersenyum dan memerhatikan perlakuan anak kesayangannya, Lini.

"Eeemmmmmm... hihihihihihi sedappppppppnya gulai ni". Kata Lini. Tersenyum manja apabila bertentangan wajah dengan ayahnya. Kemudian ibunya.

Lantas, Lini berlari keanak-anakan ke arah kakaknya. Di kedua belah tangannya, ditatang erat dihadapan dada, semangkuk kari kambing. Tentunya untuk di ratah bersama saudara-saudaranya.

Itulah antara kata-kata dan perlakuan Lini yang masih terakam di sanubari kami. Masih jelas terbayang keletahnya yang riang dan manja di waktu itu. Ketika kami menjamu selera di suatu jamuan. Majlis keluarga.

Beberapa hari. Ya, beberapa hari sebelum tragedi hitam ini berlaku.

Lini adalah salah seorang keluarga kami. Anak saudara kepada pengurus kewangan Casserose. Kini, setelah hampir 2 minggu, Lini masih tidak di jumpai. Bantulah kami untuk menemuinya. Mungkin saudara insan budiman yang menjumpainya.

********

Setiap kali kari kambing terhidang di warung. Pasti kaku kami seketika. Sayu pantas menyesak dada.

Setiap kali kari kambing menjadi bualan. Terdiam kami. Mengimbau detik itu. Detik ini. Entah apakah pengakhirannya.....

Mungkin saudara insan budiman yang menjumpainya. Bantulah kami.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oohh rupanya ada kena mengena ngan kau orang yer..kisahnya...btw..aku pun nak kena up banner nie gak kat blog gak lah...

azman_sa berkata...

Bersabarlah dan saya berdoa Adik Lini pulang dengan selamat. AMIN.

Syazwan berkata...

sama2 kita berdoa akan pengembalian dik lini ini, diharap keluarga saudara2 lini bersabar & tabah dalam menempuhi ujian seberupa begini. insyallah