Isnin, 5 November 2007

Demok Kami Yang Ori

Ingat lagi Si Tunggal kami yang lahirnya dengan berat 5kg? Namanya Demok sebenarnya. Sekarang dah berumur 5 bulan lebih.

Nak tahu berapa beratnya sekarang? Kami pun tidak menyangka, hasil daripada program pemakanan kami yang sitematik, dalam masa 5 bulan lebih, kini berat Demok hampir mencecah 30kg!!

Semalam, ada beberapa orang pembeli yang tertarik untuk membelinya. Maaf ye kawan-kawan, Demok ini buah hati Selamat. Demok ini tidak akan kami jual. He he.

Buat pengetahuan semua, suka saya tegaskan di sini bahawa Demok memang dilahir tunggal. Namun begitu, kami sangat hairan bagaimana ia mempunyai kembar di Senggora Lankaprima Farm menjadi Senboer. Dan. Yang paling menghairankan kami, artikel yang ditulisnya sama dengan tulisan saya di SINI pada 27 Julai 2007. Tanpa rasa bersalah. Nama Casserose dihilangkan dan diganti dengan nama organisasi mereka yang di PLAGIAT pada 28 Julai 2007. Penipuan terserlah di situ! Menipu pembeli.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Harta Intelek kami dirompak, diplagiat ataupun diciplak. Banyak kali. Pernah sekali, artikel saya menjadi skrip suatu rancangan di tivi 2 yang berkaitan dengan kambing boer. Bukan sekadar artikel, beserta dengan gambar-gambarnya sekali diambil. Pernah juga artikel saya menjadi manual program inkubator ternakan kambing sebuah syarikat. Kedua-duanya tanpa kredit ke atas kami. Kalau setakat gambar yang di copy & paste, tidaklah saya sepanas ini. Tetapi bulat-bulat hasil usaha buah fikiran saya di curi menjadi hak milik mereka. Yang lain-lain tak larat saya nyatakan di sini.

Ilmu di medium ini memanglah hak milik umum. Namun begitu, saudara haruslah beretika & bertanggungjawab. Ini kerana ia adalah ©Hak Cipta Terpelihara http://www.casserose.com.

Untuk kebaikan semua, kami izinkan artikel diambil untuk tujuan perkongsian ilmu. Jika ingin disiarkan di medium media yang lain, saudara hanya perlu kreditkan kepada Casserose Agrofarm™ atau esis@casserose™ dan link-kan kepada URL (alamat) entry artikel yang diambil atau kepada http://www.casserose.com/ atau http://www.kambing-boer.blogspot.com/. Itu sahaja.

Terima kasih.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hampir setiap hari saya akan melayari blog Tuan, saya percaya apa yang Tuan laporkan adalah benar. Saya masih ingat lagi selepas kelahiran si tunggal ini, saya terus bertanyakan Tuan tentang formula makanan. Jangan Risau, saya yakin DEMOK Tuan adalah yang asli. Yang lain-lain adalah tiruan dan palsu semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

saya adalah peminat setia blog tuan..ia nya sungguh informative serta lapuran lapuran tuan juga mencabar serta merangsang minda saya..saya juga nampak sikap tuan yang professional dengan menyatakan sumber informasi yang tuan perolehi..serta tuan tidak lupa untuk memberi kredit pada penulis atau penerbit yang asli..teruskan usaha tuan...kami di luar ni terdiri dari berbagai bangsa...bidang dan status...serta dari seluruh pelusok dunia akan terus memberi sokongan pada tuan dan casserose..keep it up!nothing comes easy....semoga sukses..

Rie berkata...

Terima kasih anony,

Sokongan tuan sangat saya hargai.

cavcite berkata...

sabar esis...kalo ko nak tahu blog ko ar yang mencetuskan minat aku bela kambing sampai terbina kandang kt belakang umah aku dengan sekor betina samapi jd 4 ekor sekarang.betina aku yang 1st tuh da jd ibu..ala ko fhm2 je a ramai nak jd senang dgn cr yg senang.Allah bersama orang2 yg teraniaya..

udeen

www.agricultureinmalaysia.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

saya sering kali melayari blog ini untuk mendapatkan info serta maklumat yang ader dan saya masih ingat lagi tentang kisah si tunggal ni.. saya amat kagum dengan sikap en yang profesional tentang hal ini.. Walau ape pun saya harap segala usaha dan penat lelah encik akan membawa kejayaan suatu hari nanti.. hidup kambing... hehehe...

Penternak Kambing berkata...

Salam,

Banyakkan bersabar, dalam dunia ni biasalah orang nak ambil kesempatan dan kerja senang.

Saya ada juga ambil idea dan artikel orang tapi dengan kebenaran tapi ada juga saya hantar email tak balas2 pun ada, bukan apa ilmu tuhan bagi eloklah kita kongsi disamping tu saya setuju jika kita letakkan maklumat ttg penulis sebenar artikel berkenaan.
Kalau di barat anda dah jadi jutawan dengan menyaman orang yang ciplak tu.... Selamat Maju Jaya

Farid
www.penternak.blogspot.com